suria

Kempen Donate 4 Palestine disertai Neelofa dan PU Riz berjaya kutip RM2 juta

Neelofa dan PU Riz terlibat dalam kempen Donate 4 Palestine.

PERGOLAKAN yang berlaku di Semenanjung Gaza mendapat perhatian masyarakat seluruh dunia termasuk juga di Malaysia.

Bersimpati dengan nasib yang menimpa rakyat Palestin, pelbagai inisiatif bantuan yang ditubuhkan oleh penduduk tempatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Israel kembali mengganas... rempuh perkarangan Masjid Al-Aqsa, hanya beberapa jam selepas gencatan senjata

Ini termasuk kempen Donate 4 Palestine yang dijalankan oleh pihak Jomdonate dengan kerjasama beberapa pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) seperti Muslim Care, Pertubuhan Kasih Neelofa serta beberapa selebriti dan influencer terkenal.

Sehingga kini, kempen yang dimulakan sejak 9 Mei lalu itu sudah mencecah angka kutipan keseluruhan sebanyak RM2 juta yang mana ia akan disalurkan terus kepada rakyat Palestin untuk kos perubatan, kemanusiaan serta kecemasan lain.

Antara selebriti yang turut sama membantu kempen Donate 4 Palestine.

Antara selebriti yang terlibat dalam kempen tersebut adalah seperti Neelofa, PU Riz, Wany Hasrita, Amira Othman dan PU Amin.

"Setiap wang ringgit yang disumbangkan ini mungkin kecil pada kita tapi ia amat besar pada mereka yang memerlukan. Mungkin juga ia boleh menjadi asbab untuk kita mudah masuk ke syurga, insyaAllah.

"Doa juga adalah senjata bagi umat Islam, maka kita jangan berhenti berdoa untuk saudara kita di sana agar mereka terus kuat dan sentiasa dilindungi Allah," kata PU Riz.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Konvoi yang membawa bantuan kemanusiaan seperti makanan, bahan api dan ubat-ubatan akan mula memasuki pintu masuk Kerem Shalom selepas ia dibuka semula oleh rejim zionis Israel.

Mungkin juga ia boleh menjadi asbab untuk kita mudah masuk ke syurga, insyaAllah.

PU RIZ

PENCERAMAH BEBAS

Sumbangan boleh dibuat menerusi pautan www.jomdonate.com/campaigns/190.

Serangan Zionis selama 11 hari bermula 10 Mei lalu telah menyebabkan 248 penduduk Palestin terkorban termasuk 66 kanak-kanak.

Gencatan senjata yang diumumkan pada pagi Jumaat lalu telah diingkari oleh tentera Israel apabila mereka kembali menceroboh Masjid Al-Aqsa dengan menyerang orang awam yang berada di situ.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain