suria

Amaran untuk individu berniqab... tak pakai ‘face mask’ tetap salah - Ismail Sabri

Neelofa disiasat pihak polis kerana tidak memakai pelitup muka ketika hadir di Kompleks Mahkamah Seremban pada Khamis lalu.

TIDAK memakai pelitup muka (face mask) di tempat awam adalah menjadi satu kesalahan biarpun seseorang individu itu memakai face shield atau pun niqab.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi sidang media pada Sabtu menyatakan ia merupakan satu kesalahan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa disiasat lagi... kali ini kes tak pakai pelitup muka di sebalik purdah

"Kalau memakai face shield atau niqab tapi tidak pakai face mask di dalamnya, ia tetap salah di bawah Akta 342.

"Pemakaian face shield atau niqab tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak memakai face mask.

Ismail Sabri menjawab pertanyaan mengenai pemakaian face mask.

"Di bawah Akta 342 adalah diwajibkan pemakaian face mask di tempat awam," katanya.

Sebelum ini, selebriti popular Neelofa Mohd Noor, 32, dikecam ramai kerana tidak menggunakan face mask ketika menghadirkan diri ke Kompleks Mahkamah Seremban, Negeri Sembilan pada Khamis lalu.

Pemakaian face shield atau niqab tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak memakai face mask.

DATUK SERI ISMAIL SABRI YAAKOB

MENTERI KANAN KESELAMATAN

Tindakannya itu mencetuskan kemarahan netizen yang mengatakan sebagai seorang public figure, Neelofa seharusnya menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat lebih-lebih lagi dalam hal mengikuti prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan pandemik Covid-19.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Terdahulu, Neelofa dan suami, PU Riz atau nama sebenarnya, Haris Ismail, 26, dituduh di Mahkamah Majistret Seremban atas kesalahan gagal mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) apabila tidak membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk masuk ke premis atau menulis secara manual pada buku disediakan ketika hadir di kedai karpet di Nilai 3, Nilai pada 2 Mei lalu.

Pasangan itu mengaku tidak bersalah dan diikat jamin sebanyak RM15,000 dengan sebut semula kes pada 4 Jun depan.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain