suria

Isu Nilai 3 di Selangor, Hattan pelik siapa sebar info palsu tak masuk akal! - “Kok Iyo pun janganlah ditukar-tukar”

Hattan jelaskan kedudukan Nilai 3.

ISU Nilai 3 yang menjadi bualan hangat segelintir pihak apabila dikatakan berada di bawah negeri Selangor turut mendapat reaksi penyanyi yang juga anak jati Negeri Sembilan iaitu Datuk Hattan.

Hattan, 56, menerusi Instagramnya turut mempersoalkan tindakan pihak yang menimbulkan kekecohan terhadap pemilikan Nilai 3 kononnya sudah bertukar milik.

ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa punya fasal, Menteri Besar dua negeri tawar-menawar jual beli Nilai 3

Penyanyi lagu Biso Bonar itu meminta mereka yang mempertikaikan dan keliru dengan perkara itu agar membuat pemeriksaan dengan pihak Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia (Jupem).

“Assalamualaikum, apo koba (apa khabar), Ini apo pulak dikoba Nilai dalam Selangor ini. Esei( saya) ni anak jati Negeri Sembilan ni woi, esei dibesar di Seri Menanti.

“Seluruh Negeri Sembilan ni tak ada la bosa bona (besar benar) tapi saya tahu, pemetaan tu tak percaya pergi cek dengan Jupem.

“Kok Iyo pun janganlah ditukar-tukar, ” ujarnya.



OCPD Nilai 3, Mohd Fazley minta orang ramai tidak sensasikan kes berkaitan Neelofa dan suami.

Sebelum ini, tular sebuah laman Facebook yang mencetuskan kekeliruan awam apabila mendakwa Nilai 3 berada di bawah negeri Selangor selepas selebriti Neelofa dan suaminya PU Riz ‘bebas’ daripada dakwaan merentas negeri baru-baru ini.

Susulan itu, akaun Facebook N9 Radar diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai untuk memberi keterangan berhubung hantaran dimuat naik.

Seluruh Negeri Sembilan ni tak ada la bosa bona tapi saya tahu, pemetaan tu tak percaya pergi cek dengan Jupem.

HATTAN

PENYANYI

Ketua Polis Daerah Nilai Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, pihaknya telah memulakan siasatan berhubung kenyataan laman sosial N9 Radar, berkaitan Nilai 3 yang dikatakan terletak di Selangor.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Tambahnya, kes akan disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana kenyataan menyebabkan kegentaran awam dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Untuk rekod, Neelofa dan suami dituduh di Mahkamah Majistret Seremban atas kesalahan gagal mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Pasangan itu didakwa tidak membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk masuk ke premis atau menulis secara manual pada buku disediakan ketika hadir di kedai karpet di Nilai 3, Nilai pada 2 Mei lalu.

Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 32 dan Haris atau Pencetus Ummah (PU) Riz mengaku tidak bersalah dan diikat jamin sebanyak RM15,000 dan sebutan semula kes tersebut ditetapkan pada 4 Jun depan.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain