suria

Bisnes rugi, perkembangan sosial anak-anak terbantut... Altimet dah penat berdepan Covid-19 - “Aku harap orang atasan tahu”

Perniagaan Altimet alami kerugiaan akibat Covid-19.

SUDAH lebih setahun negara berusaha untuk menangani penularan wabak Covid-19 sehingga ramai rakyat terutama golongan yang kurang berkemampuan terkesan dengan situasi kini.

Malah penyanyi rap Altimet juga mengakui dia sudah letih berdepan dengan keadaan Covid-19 yang sehingga kini semakin membimbangkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Amaran untuk individu berniqab... tak pakai ‘face mask’ tetap salah - Ismail Sabri

Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad turut berasa simpati dengan perkembangan sosial anak-anaknya yang tidak dapat ke sekolah selain menanggung kerugian perniagaannya.



Luahan Altimet di Instagram miliknya.

"Aku dah penat. Kami dah penat. Setahun lebih kami ikut peraturan. Kehendak peribadi letak tepi, untuk kebaikan semua, jadi negara kita ni pulih balik, kalahkan pandemik ni.

"Aku penat nak beritahu kat anak aku fasal virus ni, musuh yang tak dapat dilihat ni. Aku penat nak jelaskan kat dia kenapa dia tak dapat main dengan saudara dia dan kawan-kawan dia.

"Aku kesiankan anak-anak aku sebab perkembangan sosial dan persahabatan mereka terbantut akibat tak pergi sekolah. Aku dah penat tanggung kerugian bisnes aku," kata Altimet.

Aku tak sanggup tutup sebab berapa ramai kawan-kawan aku kena lepaskan jadi penganggur.

ALTIMET

PENYANYI RAP

Penyanyi yang terkenal menerusi lagu Bunga ini berkongsi luahannya itu menerusi laman Instagram miliknya dan rata-rata netizen juga memahami apa yang dia rasakan.

Seluruh negara mengalami pandemik Covid-19 sejak awal 2020 sehingga kini malah Malaysia telah mencatat kes lebih enam ribu sejak akhir-akhir ini.

Kini seluruh Malaysia berada dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 12 Mei lalu sehingga 7 Jun depan.

Dalam pada itu, penyanyi berusia 43 tahun ini memberitahu biarpun mengalami kerugiaan namun dia tidak sampai hati ingin menutup perniagaannya kerana bimbang individu lain akan hilang punca pendapatan.



Altimet akui perkembangan sosial anak terbantut akibat Covid-19.

Bagaimanapun, Altimet berkata biarpun dia dan seluruh rakyat sudah penat dengan keadaan negara kini namun mereka tetap akan mengikuti saranan dan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Aku tak sanggup tutup sebab berapa ramai kawan-kawan aku kena lepaskan jadi penganggur. Aku dah penat beli barang niagaan kawan-kawan industri hiburan, yang terpaksa berniaga sebab tak ada job.

"Aku harap, orang atasan tahu yang aku ni kepenatan. Aku harap orang atasan tahu, bukan aku seorang yang kepenatan.

"Tapi kami tetap ikut saranan dan SOP yang ditetapkan. Walaupun kami penat. #KitaJagaKita kan? Bismillah," ujarnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain