PEMILIK akaun Instagram yang melemparkan kata-kata hinaan termasuk menyamakan pelawak Ali Puteh dengan bangsa Yahudi akhirnya berjaya ditemui pada Sabtu. Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, berkata individu tersebut memberi alasan bahawa akaun Instagram telah disalah guna orang lain sehingga melakukan penghinaan kepada dia dan keluarga. Bagaimanapun pelawak berusia 32 tahun ini hanya menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. ARTIKEL BERKAITAN: Ali Puteh disamakan dengan Yahudi kerana saman kakak ipar - “Cari! RM1,000 saya bagi kepada yang dapat cari manusia ni” "Ok dah jumpa tadi... katanya bukan dia yang buat, ada orang lain yang guna Instagram dia untuk menghina saya dan keluarga. Jadi, saya serah pada polis saja. Ali berkongsi perkara itu di Instagram miliknya. "Mereka lebih arif untuk menyelesaikan masalah ini... sabar itu indah. Berdoa pada Allah semoga semua dipermudahkan. Jangan kita semua orang Islam menabur fitnah sana sini. "Di dunia mungkin terlepas tapi di akhirat tak kan terlepas... tak apa, jangan kita balas. Allah akan balas," kata Ali yang memuat naik status itu di laman Instagram miliknya. Pada Jumaat lalu, adik kepada Allahyarham pelawak Abam Bocey itu bengang dengan tindakan seorang netizen yang melemparkan kata-kata hinaan terhadapnya dan keluarga di laman Instagram. Menurut Ali, individu berkenaan secara berterusan mengganggu di ruangan Instagram dengan pelbagai cacian termasuk menyamakannya dengan bangsa Yahudi. Jangan difikirkan hinaan dan cacian manusia. ALI PUTEH PELAWAK Justeru itu, Ali meminta bantuan pengikut mencari pemilik akaun itu dan menawarkan ganjaran wang tunai kepada mereka yang berjaya mengesan individu berkenaan. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Dalam pada itu, Ali turut berkongsi status mengatakan setiap apa yang terjadi merupakan ujian Allah buat dirinya untuk berubah ke arah yang lebih baik. "Kadang-kadang sesuatu yang jadi itu Allah bagi ujian untuk kita. Ujian untuk kita berubah dan terus berubah ke arahnya. Reda dengan apa yang terjadi. Terdahulu Ali meminta orang ramai bantunya mencari individu yang melemparkan kata hinaan kepadanya. "Jangan difikirkan hinaan dan cacian manusia. Jalan terus kepadanya... Insya-Allah Allah bersama kita," tulisnya. Menerusi laporan mStar pada Rabu, Ali berkongsi perkembangan kes saman menyaman membabitkan dirinya dan Nor Hidayah yang berlangsung di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. Dalam perkembangan terbaharu itu, Ali meluahkan rasa lega kerana dapat merasakan ada sinar untuk dia dan keluarga di sebalik konik yang berlaku sejak kematian abangnya, Abam Bocey. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram! TONTON VIDEO PILIHAN!