suria

“Frontliners pun ramai Malaysian kutuk... peliklah” - Ummi Nazeera minta hati-hati tulis komen, hargai pengorbanan petugas barisan hadapan

Ummi Nazeera antara selebriti yang rajin berkongsikan perkembangan terkini Covid-19 di laman sosialnya.

PENINGKATAN kes Covid-19 yang kini sudah mencecah angka lebih 7,000 pada Selasa dilihat semakin membimbangkan.

Antara yang sudah penat bekerja keras dan bertungkus lumus bagi mengekang penularan pandemik Covid-19 ini sudah tentunya petugas barisan hadapan (frontliners) seperti doktor dan jururawat yang tidak henti-henti memberikan perkhidmatan mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Ummi Nazeera bakal timang anak kedua, kini hamil empat bulan - “Doakan perjalanan kami dipermudahkan”

Menghargai usaha dan pengorbanan frontliners, pelakon Ummi Nazeera, 31, berasa pelik dan hairan dengan sikap sesetengah masyarakat tempatan yang sering kali mengutuk frontliners dalam usaha untuk melandaikan lekuk jangkitan Covid-19.

Berkongsikan luahannya di laman Twitter, Ummi atau nama sebenarnya, Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainal Abidin berkata dia tidak mengerti apa yang bermain di fikiran kebanyakan rakyat Malaysia ketika berhadapan dengan situasi genting seperti sekarang.

Ummi berkongsi ciapannya di Twitter.

"Frontliners pun ramai orang Malaysia kutuk... Peliklah, saya tidak faham apa yang bermain di fikiran mereka.

"Tolong berhati-hati (dalam memberikan pendapat)... Mereka inilah individu yang akan membantu kamu dan orang di sekeliling kamu. Semoga Allah melindungi kita semua," katanya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Menerusi ciapannya itu, Ummi turut melampirkan laporan berita mengenai frontliners yang turut sama melakukan tugasan mengebumikan jenazah pesakit Covid-19 dengan lengkap berpakaian perlindungan diri (PPE).

Frontliners pun ramai orang Malaysia kutuk... Peliklah, saya tidak faham apa yang bermain di fikiran mereka.

UMMI NAZEERA

PELAKON

Ummi yang juga isteri kepada seorang doktor antara selebriti yang sentiasa aktif dalam berkongsikan perkembangan terkini kes Covid-19 selain menggalakkan orang ramai untuk segera mengambil suntikan vaksin demi kebaikan bersama.

Kebanyakan rakyat Malaysia sekarang dilihat lebih senang menuding jari kepada pihak kerajaan dan petugas barisan hadapan berikutan pertambahan kes yang semakin melonjak naik sejak kebelakangan ini.

Ummi kini sarat hamil anak kedua.

Pelakon filem Gol & Gincu Vol. 2 ini mendirikan rumah tangga dengan Dr Mohd Izzar Anwari pada 23 Januari 2017.

Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan, Ayra Aneesah yang kini berusia tiga tahun.

Ummi yang kini sedang sarat hamil anak kedua dijangka bersalin dalam masa terdekat ini.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Ummi Nazeera, frontliners, Covid-19

Artikel Lain