suria

Gara-gara pakai seluar pergi ‘check up’ ada yang tegur Ain Edruce langgar pantang - “Takkan nak pakai kain batik pergi hospital”

Pemakaian Ain selepas melahirkan anak seminggu yang lalu dikritik netizen.

PERKONGSIAN foto 'ootd' Ain Edruce memakai seluar selepas seminggu melahirkan bayi sulungnya mengundang kritikan netizen yang menganggap selebriti itu melanggar pantang.

Bagaimanapun Ain ketika dihubungi mStar pada Selasa berkata, foto tersebut diambil ketika dia membawa puteri sulungnya ke hospital untuk melakukan pemeriksaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas berbelas jam tarung nyawa, Ain Edruce selamat bersalin bayi perempuan... tahniah!

Jelas Ain atau nama sebenarnya Nurulain Edruce lagi, dia masih berpantang seperti biasa namun memilih untuk memakai seluar ketika itu kerana lebih selesa untuk bergerak.



Ain selamat melahirkan cahaya mata pertama pada 19 Mei lalu.

"Saya bawa anak pergi check up... biasalah keluar untuk pergi hospital saja. Saya tahu ada netizen yang bising fasal saya keluar la, tak elok pakai seluar waktu pantang la. Takkan saya nak pakai kain batik pergi hospital.

"Lagipun, seluar yang saya pakai itu longgar. Ikutkan hati sebenarnya nak saja balas semua komen-komen itu tapi saya terpaksa tahan diri sebab takkan semua benda saya nak tulis dekat kapsyen.

"Nak kena jelaskan lebih terperinci pula. Saya masih berpantang seperti wanita lain, siap ada orang jaga saya lagi. Cuma saya nak bawa baby pergi check up saja pakai seluar kerana lebih selesa bila jalan," katanya kepada mStar.

Tapi secara jujurnya, saya memang betul-betul jaga pantang terutama dari segi permakanan.

AIN EDRUCE

PELAKON & PENGACARA

Sebelum ini, foto tersebut dihujani komen netizen yang mempertikaikan tindakan pengacara tersebut keluar dengan memakai seluar ketika masih dalam tempoh berpantang.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Rata-rata netizen menganggap tindakan selebriti berusia 30 tahun itu seperti melanggar pantang dengan berpakaian seperti itu.

Dalam pada itu, pelakon telefilem Perang Dingin ini menyedari ada segelintir wanita selepas bersalin yang tidak menjaga pantang dengan baik.

Bagi Ain, dia mahu menjalani proses berpantang dengan betul untuk mendapatkan semula bentuk badannya selain menjaga permakanan dengan baik.

"Saya pun tak boleh cakap apa-apa... sebab zaman sekarang ini, ada orang memenag betul-betul jaga pantang dan ada juga yang tak ikut pun cara berpantang dengan betul.



Ain bersama suaminya, Amirul.

"Tapi secara jujurnya, saya memang betul-betul jaga pantang terutama dari segi permakanan. Bila berpantang ini, saya dapat rasa badan saya cepat susut.

"Untuk ibu-ibu dekat luar sana, yang nak dekat bersalin atau baru bersalin ke, disarankan untuk berpantang... sebab badan kita pun boleh jadi baik seperti sebelum ini dan sihat," ujarnya.

Ain selamat melahirkan bayi perempuan pada 19 Mei lalu di sebuah pusat perubatan di Selangor selepas beberapa jam bertarung nyawa.

Ain mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Amirul Hafiz Mustaffa pada 13 Disember 2019 selepas beberapa bulan mengikat tali pertunangan.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain