suria

Teruk dikecam netizen... Iman Troye akhirnya mohon maaf salah bual - “Saya akan cuba jadi lebih baik”

Iman Troye mengakui kesilapannya.

SELEPAS teruk dikecam netizen sehingga dua hari trending di Twitter, penyanyi Iman Troye akhirnya tampil membuat permohonan maaf di atas gurauannya tentang kes Covid-19.

Iman atau nama sebenar, Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin mengakui kenyataan yang dimuat naik di laman Twitternya sebelum ini adalah tidak sensitif dengan perkembangan semasa negara yang sedang berhadapan dengan 'peperangan' menentang wabak ini.

ARTIKEL BERKAITAN: “Happy 6,900 everyone! Tahniah! Harap esok dapat 7,000 hihi” - Iman Troye tutup akaun Twitter selepas dikecam bergurau tentang Covid-19

"Saya minta maaf di atas kesilapan yang dilakukan. Saya sedar sebaik sahaja saya muat naik ciapan tersebut, twit itu adalah sangat menggelirukan dan saya akui itu.

"Ia adalah satu perkara yang tidak sensitif yang dibuat oleh saya. Saya sepatutnya lebih tahu mengenai hal ini.

Permohonan maaf daripada Iman.

"Saya tidak berniat untuk melukakan hati sesiapa pun," katanya.

Menurut penyanyi berusia 19 tahun ini, dia mendapat pengajaran daripada kontroversi ini dan berjanji akan belajar daripada kesilapannya itu.

"Perkara ini tidak sepatutnya berlaku, saya memang tidak bermaksud untuk melukakan hati semua terutama sekali kepada petugas barisan hadapan dan sesiapa yang terkesan dengan Covid-19.

"Ia adalah satu perkara yang tidak sensitif yang dibuat oleh saya. Saya sepatutnya lebih tahu mengenai hal ini.

IMAN TROYE

PENYANYI

"Saya minta maaf sangat-sangat. Terima kasih untuk semua yang tegur saya. saya akan cuba jadi lebih baik, insyaAllah... jaga diri semua," katanya.

Terdahulu tindakan Iman berkongsi statistik angka jangkitan harian Covid-19 dengan status sindiran di laman Twitter mengundang kecaman netizen.

Ciapan yang dipadam Iman selepas dikecam netizen.

Dalam perkongsiannnya itu, penyanyi lagu Teman ini menulis status sinis dilihat seolah-olah gembira dengan angka jangkitan yang semakin meningkat kebelakangan ini.

"Happy 6,900 everyone! Tahniah! Harap esok dapat 7,000 hihi," tulisnya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Gara-gara perkongsiannya itu, Iman dikecam teruk netizen kononnya dia tidak sensitif mengenai isu semasa dan menjadikannya sebagai bahan gurauan.

Selepas beberapa jam memuat naik status berkenaan, Iman dilihat menyahaktif (deactivate) akuan Twitter miliknya pada malam Ahad.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain