suria

Harap orang Kelantan faham... Sabri Yunus pesan jangan dengar hasutan tolak vaksin! - “Mereka ini terpengaruh dengan cerita tidak betul”

Sabri Yunus sudah mendapat suntikan dos pertama vaksin pada Ahad lalu.

PELAKON dan pengarah, Sabri Yunus kesal dengan sikap 10,000 penduduk Kelantan yang tidak menghadiri sesi temu janji pemberian suntikan vaksin seperti yang dilaporkan pihak media baru-baru ini.

Kata Sabri atau nama sebenarnya Mohd Sabri Yunus, 60, dia percaya kebanyakan mereka yang sengaja tidak hadir itu terpedaya dengan hasutan serta dakyah palsu mengenai vaksin seperti yang disebarkan golongan tidak bertanggungjawab.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Pok Ya Cong Codei 2’ Daripada Sabri Yunus

"Saya tak pasti sebab apa mereka ini menolak untuk divaksin. Namun bagi saya satu yang jelas mereka ini mungkin antara yang terpengaruh dengan cerita-cerita tidak betul yang dikongsikan golongan anti vaksin.

Video yang dimuat naik Sabri mendapat pujian netizen.

"Semua yang diperkatakan golongan itu jelas tiada hujah serta fakta yang betul. Kalau vaksin itu bahaya kenapa kerajaan nak bagi juga suntikan itu, fikirlah secara rasional.

"Niat saya buat video itu pada mulanya sekadar untuk beri kesedaran kepada rakan-rakan di Facebook dan tak sangka ia jadi tular di media sosial. Setakat ini, semua beri kata-kata positif terhadap video yang dikongsikan itu," katanya ketika dihubungi mStar.

Baru-baru ini Sabri menggunakan laman media sosialnya untuk memberi kesedaran tentang fungsi vaksin dalam dialek Kelantan.

Pelakon veteran itu memberikan penjelasan yang mudah difahami dan turut memberi contoh situasi yang berlaku menerusi video tersebut.

Perkongsian Sabri yang dimuat naik seorang netizen di Twitter menggunakan akaun @niezarul_hafiq menerima lebih 26,000 ulang kicau.

Individu berkenaan berkata, penyampaian Sabri yang jelas dengan memberi contoh lebih memudahkan orang ramai khususnya rakyat Kelantan untuk sedar tentang kepentingan vaksin.

"Aku suka cara Sabri Yunus educate orang ramai terutama untuk orang Kelantan yang degil. Cara penyampaian jelas dan memudahkan pemahaman orang ramai. Contoh public figure guna pengaruh dengan cara baik," tulisnya.

Dalam pada itu, berkongsi pengalamannya yang sudah mengambil suntikan dos pertama vaksin AstraZeneca pada Ahad lalu, Sabri berkata dia tidak mengalami sebarang kesan sampingan yang teruk.

Kalau vaksin itu bahaya kenapa kerajaan nak bagi juga suntikan itu, fikirlah secara rasional.

SABRI YUNUS

PELAKON, PENGARAH

"Saya ambil Ahad lalu dan bila saya bangun pagi keesokannya baharu badan rasa macam nak demam tapi lepas itu saya siap-siap makan ubat dan keadaan dah bertambah baik.

"Sehari lepas itu, apabila saya bangun memang saya rasa segar dan jadi lebih bertenaga daripada sebelum ini... ambillah vaksin sebab ia tidak mengganggu pergerakan atau aktiviti seharian anda.

Tiga anak dan seorang menantu Sabri masih lagi belum mendapat peluang untuk suntikan vaksin.

"Jangan mudah terpedaya dengan agenda-agenda tidak betul yang disampaikan golongan tidak bertanggungjawab," katanya yang akan menerima suntikan dos kedua pada 30 Jun nanti.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sementara itu, dalam perkembangan seni, Sabri berkata dia terpaksa menangguhkan penggambaran drama bersiri Pok Ya Cong Codei yang sepatutnya dijadualkan bermula bulan hadapan.

"Disebabkan situasi negara yang tidak mengizinkan sekarang, saya terpaksa menangguhkan dahulu drama Pok Ya Cong Codei.

"Untuk drama bersiri ini, saya masih kekalkan lagi pelakon-pelakon asal dalam telefilem serta ada membuat penambahan beberapa nama baharu dalam naskhah ini," ujarnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO!

Artikel Lain