suria

Meluat watak Nadia dalam ‘Sabarlah Duhai Hati’, penonton mahu pijak perut Iman Suhana… sagat muka dekat jalan!

Lakonan Iman Suhana terima maklum balas positif penonton.

SELEPAS kejayaan drama Takdir Yang Tertulis (TYT), karier lakonan Iman Suhana terus berkembang apabila watak antagonis yang dibawa olehnya dalam drama Sabarlah Duhai Hati pula menerima sambutan hebat penonton.

Iman atau nama sebenar Norsuhana Mohamad Wahid, 31, berkata watak Nadia yang dilakonkan dalam drama terbaharu itu meninggalkan kesan cukup mendalam hinggakan ada penonton menghantar mesej ugutan di laman sosial.

"Alhamdulillah selepas TYT, kali ini Sabarlah Duhai Hati pula jadi sebutan penonton... memang ramai yang geram dengan watak Nadia. Saya terima macam-macam mesej ugutan di laman sosial daripada penonton yang tak puas hati.

ARTIKEL BERKAITAN: Watak wanita 'ting tong' dalam Takdir Yang Tertulis buka mata penonton terhadap lakonan Iman Suhana - “Itu memang perangai sebenar saya”

"Ada yang ugut nak pijak perut saya, nak langgar dengan lori, sagat muka dekat jalan dan macam-macam lagi mesej menakutkan yang saya terima... mungkin mereka terbawa-bawa dengan emosi itu.

Penonton berang dengan watak Nadia lakonan Iman Suhana dan Opah (Fadilah Mansor).

"Yang positif pun ramai, mereka faham itu hanya lakonan dan puji watak yang saya lakonkan itu. Alhamdulillah, kiranya watak Nadia berjaya sampai kepada penonton. Itu sudah cukup membuatkan saya seronok," katanya kepada mStar.

Dalam drama tersebut, Iman membawakan watak Nadia iaitu seorang wanita yang berusaha untuk menghancurkan kebahagiaan sepupunya sendiri.

Sebelum ini pun saya tak pernah berahsia tentang keluarga, saya selalu tunjuk foto dan video bersama anak di Instagram

IMAN SUHANA

PELAKON

Sabarlah Duhai Hati arahan Mohd Fazli Yahya turut dibintangi oleh Amyra Rosli, Saharul Ridzwan, Izzue Islam dan Puteri Sarah Liyana.

Drama ini bersiaran di slot Akasia TV3 setiap hari Isnin hingga Ahad pukul 7 malam.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Bercerita mengenai impak populariti drama tersebut, Iman berkata peminatnya semakin bertambah di laman sosial sehinggakan ada pengikut baharu yang terkejut dan tidak menyangka dia merupakan ibu kepada seorang cahaya mata.

Iman bersama suami dan anak tersayang.

"Sebenarnya sejak drama Monalisa pada tahun 2018 lagi ramai tahu saya dah kahwin... mereka yang menyangka saya masih bujang ini mungkin dalam kalangan pengikut baharu. Ada yang terkejut apabila mengetahui saya ada seorang anak!

"Sebelum ini pun saya tak pernah berahsia tentang keluarga, saya selalu tunjuk foto dan video bersama anak di Instagram.

"Yang lucu apabila ada orang ingat saya muda lagi, mungkin sebab wajah macam budak-budak... padahal umur saya dah masuk 30 tahun. Alhamdulillah rezeki awet muda. Saya senyum sahaja baca komen-komen mereka," ujarnya.

Pelakon kelahiran Taiping, Perak ini sudah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Muhammad Shazwan Ibrahim, 32, pada tahun 2018.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Maya Inara yang kini berusia dua tahun.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain