suria

Umum bakal berkahwin, Haqiem Rusli gembira peminat bagi sokongan - “Perkara baik tak boleh disembunyikan”

Haqiem Rusli gembira peminat mendoakan kebahagiaan dirinya.

SELEPAS mengumumkan bakal menamatkan zaman bujang akhir tahun ini dengan gadis pilihannya, penyanyi Haqiem Rusli bersyukur perkara itu mendapat reaksi positif peminat-peminatnya.

Menurut Haqiem atau nama sebenarnya, Ridzuan Haqiem Rusli, 23, dia tidak mahu menyembunyikan berita baik itu dan mendedahkan sudah menghadiri kursus kahwin tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Adik Haqiem Rusli ikut jejak tak kongsi foto wanita dedah aurat - “Apa dia buat tu betul... kita tanggung dosa”

Bagaimanapun, Haqiem berkata, dia belum mendapat tarikh yang tepat untuk majlis istimewa itu.

"Saya sangat gembira dengan kenyataan peminat yang mengatakan mereka akan sentiasa menyokong saya.

Ciapan Haqiem di laman Twitternya.

"Saya tidak tahu bagaimana mendapat kekuatan mahu berkongsi soal mendirikan masjid ini. Tetapi, saya percaya perkara baik tidak boleh disembunyikan.

"Cuma, masih belum ada tarikh tepat mengenai bila majlis bakal berlangsung, hujung tahun ini. Jujurnya, saya pun sudah menghadiri kursus kahwin tahun lalu," katanya kepada mStar.

Siapa calon bakal isteri, biarlah saya umumkan identitinya ketika majlis perkahwinan nanti.

HAQIEM RUSLI

PENYANYI

Terdahulu, Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH ke-33 membuat pendedahan itu menerusi sesi Instagram Live yang dilakukannya pada pukul 2 pagi Ahad.

Walaupun begitu, penyanyi Lembah Kesepian ini masih lagi mengunci mulut enggan mendedahkan identiti bakal suri hidupnya itu.

"Siapa calon bakal isteri, biarlah saya umumkan identitinya ketika majlis perkahwinan nanti.

Peminat teruja Haqiem bakal berkahwin.

"Saya hanya ingin peminat tahu, saya akan berkahwin, tidak lama lagi. Selebihnya, saya akan kongsi kelak," katanya.

Sementara itu rata-rata peminat meluahkan rasa gembira dengan berita itu dan mendoakan agar urusan mendirikan rumah tangga itu dipermudahkan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Haqiem juga mengucapkan terima kasih kepada peminat-peminatnya yang memahami dan sentiasa menyokong apa juga keputusan yang dilakukan.

"Semua yang saya dapat adalah maklum balas positif, terima kasih!" katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain