PELAKON Lufya Omar memberitahu dia sudah menerima permohonan maaf daripada pengacara Fara Hanim Razak yang menuduhnya sebagai seorang anti vaksin. Biarpun sudah memaafkan, Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar meminta agar selebriti media sosial itu tidak mengulangi kesilapan itu kepada orang lain. ARTIKEL BERKAITAN: Rita Rudaini dituduh anti vaksin kerana rebus bunga lawang, serai - “Orang macam ni tak boleh buat jiran, suka cakap belakang!” Mengakui kehidupannya terganggu semenjak isu tersebut timbul, Lufya turut menasihati Fara Hanim supaya berhati-hati dalam setiap perkongsiannya demi menjaga imej seorang muslimah. Fara turut membuat permohonan maaf kepada Rita. "Saya sedar yang dia ada muat naik permohonan maaf di Instagram malam Ahad. Apa yang saya boleh katakan, saya maafkan dia tapi dengan syarat dia tidak ulang kesilapan itu pada saya atau rakan artis lain atau sesiapa saja. "Maafkan itu memang boleh tapi untuk kembali seperti biasa, memang tidak. Sebenarnya saya sudah anggap dia seperti adik dan selalu juga saya hantar kek yang saya jual kepada dia. "Bila dia tiba-tiba membuat tuduhan itu, sejujurnya saya memang agak terperanjat. Sehingga beberapa hari ini, saya jadi letih dan sakit kepala sebab orang mesej, call bertanyakan tentang perkara itu. "Apa-apa pun, saya harap dia lebih berhati-hati untuk bercakap atau berkongsi sesuatu di laman sosial. Dia membawa imej muslimah, sedikit sebanyak isu ini mencemarkan imej itu," katanya kepada mStar. Tapi dalam perbualan dan perbincangan kami tak ada pun keluar kenyataan anti vaksin. LUFYA OMAR PELAKON Sebelum ini, ciapan Fara Hanim di Twitter yang menuduh Rita Rudaini dan Lufya Omar sebagai anti vaksin pada Jumaat lalu mengundang kemarahan pelakon tersebut. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Rita menerusi laman Instagram miliknya meluahkan rasa berang dan menganggap perbuatan menuduh tanpa usul periksa itu jelas menunjukkan sikap tidak matang pengacara berkenaan. Selepas hampir tiga hari mendiamkan diri, Fara Hanim Razak akhirnya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka di laman Instagram miliknya pada malam, Ahad. Dalam pada itu, Lufya memberitahu dia serta Rita pernah berbincang mengenai vaksin di mana ketika itu Fara Hanim ada bersama mereka namun hanya berdiam diri tanpa memberi sebarang pandangan. Sebelum ini, Rita berkongsi status tuduhan Fara Hanim terhadapnya di Instagram. Menurut Lufya, dalam perbualan antara dia dengan Rita tidak menyebut atau mengeluarkan kenyataan mengenai anti vaksin malah kini masih menunggu giliran untuk mendapatkan suntikan. "Sebenarnya, saya dan Rita memang ada berbincang mengenai vaksin dan ketika itu, Fara pun ada sekali tapi dia hanya diam tanpa memberi sebarang pandangan. "Tapi dalam perbualan dan perbincangan kami tak ada pun keluar kenyataan anti vaksin. Saya sendiri tak pernah pun keluar sebarang kenyataan mengatakan saya anti vaksin. "Saya pun ada daftar untuk ambil suntikan vaksin. Sementara menunggu giliran, saya ikhtiar sesuatu untuk melindungi diri dan untuk kesihatan juga," ujarnya. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram! TONTON VIDEO PILIHAN!