suria

Bersara jadi penyanyi nasyid... Suhaimi Saad dah rekod lagu rock kapak ‘Kadang-Kadang Rindu, Kadang-Kadang Lupa’ - “Sasaran dan audience mungkin lebih luas”

Suhaimi akan tampil dengan lagu rock kapak selepas ini.

BEKAS anggota kumpulan Inteam, Suhaimi Saad menjelaskan status yang mengumumkan ingin bersara sebagai penyanyi nasyid telah mencetuskan salah faham dalam kalangan peminat.

Menurut Suhaimi, 41, dia sebenarnya hanya tidak mahu menjadi penyanyi nasyid namun akan tetap meneruskan perjuangannya dalam bidang muzik dengan mengetengahkan genre lain.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “Tak guna berdebat dengan orang yang tak mahu belajar” - Catriona Ross tak layan kritikan Suhaimi Saad, mohon jangan terpengaruh dakyah golongan anti vaksin

"Itu hanyalah salah faham. Saya hanya letak jawatan sebagai penyanyi nasyid sahaja. Saya akan terus menyanyi selagi ada suara, insyaAllah, tanpa title nasyid pun, kita masih boleh terus menyanyi.

"Malah sasaran dan audiencenya mungkin lebih luas (jika mencuba selain genre nasyid)," katanya kepada mStar.

Status yang dimuat Suhaimi di Instagramnya.

Suhaimi turut menjelaskan dia akan terus berkarya menerusi kumpulan Bismillah yang ditubuhkan pada Januari lalu.

Bismillah merupakan kumpulan yang dianggotai Suhaimi serta isteri, Ina Naim serta empat anak mereka iaitu Ehmad Hadie El Fardie, 13, Sallman El Khoyri, 11, Phyrosh Ed Fadwah, 9, dan Nurlayla El Ghufrony, 7 tahun.

Saya akan terus menyanyi selagi ada suara, insyaAllah, tanpa title nasyid pun, kita masih boleh terus menyanyi.

SUHAIMI SAAD

PENYANYI

"InsyaAllah Bismillah akan release album dalam bulan ini. Kami akan terus bawa genre-genre lain selepas ini yang masih lagi berkonsepkan ketuhanan serta membawa maksud mesej positif.

"Dalam nasyid sendiri ada irama pop, balada, asli malah rock.

Kumpulan Bismillah dianggotai Suhaimi beserta isteri dan empat anak mereka.

"Sekarang saya baharu sahaja siap rekod demo sebuah lagu rock kapak berjudul Kadang-Kadang Rindu, Kadang-Kadang Lupa," katanya.

Suhaimi pada Khamis memuat naik status bersara daripada arena nasyid selepas lebih dua dekad berkecimpung dalam bidang tersebut.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Penyanyi kelahiran Triang, Pahang ini memulakan kerjayanya pada tahun 1999 dengan menyertai kumpulan nasyid In-Team.

Di zaman kegemilangan, In-Team cukup popular dengan lagu seperti Kasih Kekasih dan Impian Kasih.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain