suria

Pendapatan terjejas 60 peratus akibat PKP, Siti Nordiana akui wang simpanan banyak membantu - “Alhamdulillah lepas bayar komitmen bulanan”

Siti Nordiana bersyukur wang sentiasa cukup untuk membayar komitmen bulanan.

PENYANYI Siti Nordiana mengakui pendapatannya terjejas sebanyak 60 peratus gara-gara persembahan pentas terpaksa dibatalkan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan sejak setahun lalu.

Namun, Siti Nordiana atau nama sebenarnya, Siti Nordiana Alias, 37, dia tidak pernah mengeluh sebaliknya cuba mencari inisiatif lain agar dapat menampung perbelanjaan serta komitmen bulanannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Rindu masakan ibu, Siti Nordiana belajar buat kuah kacang melalui 'video call'

"Boleh dikatakan 60 peratus pendapatan saya terganggu sejak PKP tetapi saya pelbagai cara lain supaya orang tak ingat yang kita senyap saja sepanjang tempoh lockdown.

"Saya kena berfikir lebih kreatif bila dah tiada show di luar... saya cuba buat show menerusi media sosial pula.

Siti Nordiana rajin cover lagu di YouTube untuk tambah pendapatan.

"Selain itu, saya buat song cover dan letak di saluran YouTube saya... benda-benda macam ini banyak membantu saya, Alhamdulillah lepas untuk saya bayar komitmen bulanan," katanya kepada mStar.

Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana berkongsikan perkara tersebut di sidang media single terbaharunya, Cukup Derita Itu yang diadakan secara maya pada Khamis.

Dalam keadaan sekarang tak boleh nak tunggu orang panggil kita buat show... simpanan juga sangat membantu pada waktu-waktu begini.

SITI NORDIANA

PENYANYI

Selain daripada aktiviti nyanyian, Nana juga berkata dia turut melakukan pelbagai pendapatan sampingan lain seperti menjual CD di laman jualan atas talian selain tudung jenamanya sendiri.

"Dalam keadaan sekarang tak boleh nak tunggu orang panggil kita buat show... simpanan juga sangat membantu pada waktu-waktu begini.

"Saya bernasib baik sebab banyak juga tawaran buat kempen dan daripada situ dapat payment, bolehlah walaupun tidak semewah bayaran show," ujarnya lagi.

Siti Nordiana turut buat IG review untuk duit tambahan.

Mengenai single terbaharu yang berjudul Cukup Derita Itu, Nana berkata dia mencurahkan segala perasaannya pada lagu ciptaan Tam Spider dan nukilan lirik oleh penulis novel, Siti Rosmizah itu.

"Saya memang dah dikenali dengan signature lagu-lagu berentak balada, ia tidaklah menjadi kesukaran untuk dapatkan feel itu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Ini merupakan kali pertama saya dapat nyanyi lagu ciptaan Tam Spider... sebenarnya dah lama saya nantikan peluang macam ini, kiranya wishlist saya dah tercapailah," katanya.

Lagu Cukup Derita Itu kini boleh didapati di semua pelantar penstriman muzik digital.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain