suria

Kes Covid-19 meningkat, Fasha Sandha tak keluar rumah demi keselamatan anak

Fasha tidak akan keluar rumah selagi tiada keperluan.

MELIHAT keadaan kes Covid-19 yang semakin meningkat, pelakon Fasha Sandha memberitahu dia mengambil langkah lebih berjaga-jaga demi keselamatan keluarga dan orang sekelilingnya.

Seperti yang disarankan kerajaan, Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 37, berkata, dia sentiasa memakai dua pelitup muka ketika berada di kawasan luar.

ARTIKEL BERKAITAN: 16 tahun dalam industri... Fasha Sandha masih ambil kelas Fauziah Nawi, mengaku pernah digelar pelakon 'kayu'

"Bila kes semakin meningkat ini, memang saya ambil langkah lebih berjaga-jaga. Saya memang patuh SOP, tak pergi tempat yang ramai orang. Saya pun ikut langkah pakai double mask seperti yang disarankan kerajaan.



Fasha bersama anak-anak dan suami.

"Anak-anak pun sekarang hanya belajar secara online walaupun susah juga nak fokus kelas online sebab masih kecil kan tapi lama-kelamaan mereka dah boleh biasakan diri.

"Memandangkan kes pun tinggi, kita pun duduk saja rumah dan kalau nak keluar pun, jangan pergi tempat ramai orang. Lagipun, sekarang ada kemudahan beli barang secara online. Kalau boleh, keluar bila perlu saja," katanya kepada mStar.

Lagipun, sekarang ada kemudahan beli barang secara online.

FASHA SANDHA

PELAKON

Kini Malaysia masih dalam tempoh 'total lockdown' selama 14 hari bermula 1 Jun hingga 14 Jun depan berikutan kes Covid-19 yang semakin meningkat setiap hari.

Dalam pada itu, Fasha turut berkongsi mengenai drama siri terbaharu lakonannya berjudul Scammer yang ditayangkan di Astro Ria setiap pukul 11 malam, Isnin hingga Khamis.

Menurut isteri kepada aktor Aidil Aziz ini, dia banyak belajar mengenai isu pengubah wang haram melalui skrip dalam drama tersebut.



Fasha bergandingan dengan Kamal Adli dalam drama Scammer.

"Menerusi drama itu, saya banyak belajar isu pengubahan wang haram daripada skrip. Dari situ, baru saya tahu tentang perkara tersebut dengan mendalam.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Sebagai pelakon, saya juga meletakkan diri selaku penonton dan mendapati cerita ini banyak pengajaran yang boleh diambil teladan. Paling penting, jangan mudah percaya kepada orang lain. Jangan mudah tertipu.

"Sebab dunia sekarang sukar diramal terutamanya menerusi panggilan telefon. Selidik dahulu dan jangan mudah menyerahkan segala-galanya kepada orang lain, terutama yang tidak dikenali," ujarnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain