suria

Bermula borak kosong akhirnya dapat arah filem... Hairul Azreen baru sedar ada bakat terpendam sebagai pengarah

Hairul anggap menjadi pengarah buat kali pertama merupakan pengalaman berguna buatnya.

MUNCUL dengan filem pertama berjudul Ada Hantu, pelakon Hairul Azreen mendedahkan idea tercetus untuk menghasilkan cerita seram itu selepas berborak kosong dengan penerbit, Adrian Teh.

Buat pertama kali mengarahkan sebuah filem, Hairul atau nama sebenarnya Hairul Azreen Idris menyedari dirinya mempunyai bakat menjadi seorang pengarah namun memerlukan tunjuk ajar.

ARTIKEL BERKAITAN: Mengaku ‘edit’ sendiri, poster filem pertama arahan Hairul Azreen dikritik tak cantik - “Tengok poster pun dah tahu kualiti cerita dia”

Mengakui ia satu pengalaman berguna buat dirinya, pelakon berusia 33 tahun ini berharap penonton dapat memahami mesej yang cuba disampaikan dalam filem tersebut.

Hairul akui masih memerlukan tunjuk ajar sebagai pengarah.

"Filem ini bermula dengan borak kosong bersama penerbit, Adrian Teh, untuk menghasilkan cerita seram. Adrian sibuk, jadi menyuruh saya yang mengarahkannya.

"Saya boleh mengarah, tetapi memerlukan banyak tunjuk ajar. Jadi, banyak perkara yang saya nampak sebagai pengarah apabila menghasilkan filem. Sememangnya, ia adalah pengalaman yang berguna buat saya.

"Saya harap cara penyampaian saya difahami penonton serta disukai. Filem ini akan membuatkan penonton berfikir pada penghujung cerita sebab ada elemen kejutan," katanya kepada mStar.

Selain menjadi pengarah, Hairul turut membintangi filem Ada Hantu bersama Zahiril Adzim, Shiqin Kamal, Elvina Chua dan Nafiez Zaidi.

Saya harap cara penyampaian saya difahami penonton serta disukai.

HAIRUL AZREEN

PELAKON

Filem arahan pertama suami kepada selebriti Hanis Zalikha itu boleh distrim menerusi platform Disney+Hotstar yang dilancarkan sejak 1 Jun lalu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dalam pada itu, Hairul turut berkongsi pendapatnya mengenai kritikan netizen terhadap poster filem tersebut hasil tangannya sendiri.

Mengambil kritikan secara positif, pelakon filem Paskal ini memberitahu dia berpuas hati dengan hasil rekaannya memandangkan beberapa artis yang terlibat dalam kesenian turut menyukai poster tersebut.

"Berkenaan dengan poster itu... bagi pandangan saya dan beberapa orang artis (bukan pelakon) yang minat dengan art, mereka suka dengan poster saya.

Hairul terima kritikan mengenai poster Ada Hantu.

"Walaupun ada yang tak suka sebab katanya poster itu tidak menarik tapi saya tetap berpuas hati dengan apa yang saya buat. Ini pun permulaan dan filem pertama saya.

"Saya cuma berharap orang dapat terima dan tonton filem saya... itu yang paling penting. Sebab itu karya yang saya nak tampilkan. Poster ini pun nak tunjuk bahawa filem saya nak keluar.

"Saya tahu benda ini (poster) viral tapi saya harap semua orang dapat terima filem pertama saya," ujar Hairul.

Sebelum ini, poster filem pertama arahan Hairul Azreen berjudul Ada Hantu dianggap tidak cantik dan kurang sesuai untuk dijadikan bahan promosi bagi menarik penonton.

Seorang pengkritik filem menggunakan akaun @Zhafblog berpendapat Hairul sepatutnya menggunakan khidmat pereka grafik yang lebih arif tentang itu.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain