suria

Ummi Nazeera cemas dapat tahu tali pusat bayi terbelit di leher, waktu hamil juga berdepan dugaan - “Uri ada di bawah, rasa sakit tak boleh tidur malam”

Ummi Nazeera bersyukur dapat melahirkan bayi kedua secara normal.

SELAMAT melahirkan cahaya mata kedua Rabu lalu, pelakon Ummi Nazeera berkongsi perasaan bimbang ketika di bilik bersalin apabila mengetahui tali pusat terbelit di leher bayi perempuannya.

Bagaimanapun, Ummi atau nama sebenarnya Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainal Abidin, 31, bersyukur apabila lilitan itu tidak terlalu kuat dan bayi itu berjaya keluar dalam keadaan selamat.

ARTIKEL BERKAITAN: Ummi Nazeera selamat lahir anak kedua, alami demam panas ketika di bilik bersalin

“Saya sangat bimbang tapi saya tawakal pada Allah, yang paling risau kalau tali pusat terbelit di leher.

“Tengok-tengok memang terbelit tapi longgar tak ketat kat leher dia. Jadi baby boleh keluar dengan jayanya... Alhamdulillah, ” ujarnya kepada mStar pada Isnin.



Ummi selamat melahirkan cahaya mata kedua pada Rabu lalu.

Ummi selamat melahirkan cahaya mata perempuan di sebuah pusat perubatan di Seri Kembangan, Selangor pada Rabu lalu secara normal.

Malah pelakon Nur Kasih ini meluahkan syukur dapat melahirkan bayinya secara normal biarpun berada hampir 10 jam di bilik bersalin.

“Saya dah masuk labour room dari pukul 2 petang, doktor cek dalam 9.30 malam dah ada bukaan 10 sentimeter dan nampak rambut, Then 9.51 malam dia keluar, Alhamdulillah, ” ujarnya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dalam pada itu bercerita tentang proses kehamilan, Ummi berkata, dia mengalami masalah kedudukan uri di bahagian bawah atau low lying plasenta praevia pada usia empat bulan kehamilan hingga menyebabkan berlaku pendarahan awal.

Saya alami masalah kedudukan uri di bahagian bawah ketika usia kandungan empat bulan.

UMMI NAZEERA

PELAKON

"Saya alami masalah kedudukan uri di bahagian bawah ketika usia kandungan empat bulan. Jadi, saya dinasihatkan untuk rehat supaya uri naik semula. Alhamdulillah... selepas itu uri naik.

“Keadaan saya agak sukar waktu itu sebab rasa sakit sampaikan tak dapat tidur malam tapi emosi saya ok... nervous tapi saya tawakal saja pada Allah.

“Dengan nasihat doktor saya rest dan ambil cuti berlakon. Alhamdulillah placenta naik dan saya diberi peluang bersalin normal, ” ujarnya.



Ummi mengamalkan beberapa surah bagi memudahkan proses bersalin.

Sementara itu, Ummi berkata, dia mengamalkan surah Maryam, Luqman, Alkhaf dan Yusof setiap minggu selain banyak berjalan di dalam rumah bagi memudahkan proses bersalin.

“Alhamdulillah... doa keluarga dan sahabat juga dapat saya bersalin normal dan baby cukup bulan 38 minggu empat hari.

“Saya banyakkan baca surah Maryam, Alkahf, Yusuf dan Luqman setiap minggu. Saya berjalan dalam rumah starting 36 minggu kandungan,” ujarnya.

Ummi mendirikan rumah tangga dengan Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khani pada 23 Julai 2017 dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Ayra Aneesah yang kini berusia tiga tahun.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain