suria

Aishah Azman, Sharifah Rose masuk kelas lakonan Nabila Huda - “Semua pelakon lalui fasa ini, terpulang nak perbaiki atau stay jadi kayu”

Nabila Huda buat kelas percuma kepada pelakon baharu dan orang ramai.

PELAKON Aishah Azman mengambil inisiatif memperbaiki lakonannya dengan mengikuti kelas lakonan bersama aktres hebat Nabila Huda biarpun dirinya bukanlah baharu dalam bidang tersebut.

Aishah atau nama sebenarnya Nor Aishah Afika Azman Shah, 25, berkata dia bertanggungjawab untuk menambah ilmu dalam bidang lakonan terutamanya daripada pelakon senior.

"Saya tak pernah rasa diri pelakon yang dah lama dalam industri, selalu rasa diri ni kecil. Saya percaya satu perkara, kalau niat kita betul belajar kerana Allah, InsyaAllah ada keberkatan dan pahalanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu Sharifah Rose dilabel 'kayu', Elvina Mohamad mengaku pernah gelabah... nak luruh jantung bila dengar perkataan ‘action’

ARTIKEL BERKAITAN: Influencer nak jadi pelakon? Kena ‘hadam’ dulu pesanan Nabila Huda - “Kalau saya tak pandai berlakon... tak berani nak ambil watak utama”

"Aishah join class kak Abil sebab Aishah percaya, hidup kita takkan pernah habis untuk cari ilmu, tak kisah sama ada yang lama atau yang baru," katanya kepada mStar.

Aishah Azman rasa bertanggungjawab sebagai pekaon untuk memperbaiki kelemahannya.

Terdahulu, pelakon filem Munafik Nabila Huda berkongsi di Instagram miliknya ingin membuat kelas lakonan kepada pelakon atau orang luar bertujuan untuk berkongsi pengalaman dan memperbaiki mutu lakonan.

Nabila atau lebih mesra disapa Abil ini juga tidak mengenakan sebarang bayaran bagi yang ingin mengikuti kelas tersebut.

Selain itu, Aishah berkata dia banyak belajari ilmu baharu daripada aktres berkenaan selain cara membawa diri sebagai pelakon yang berdisiplin serta bertanggungjawab apabila menerima sesebuah naskah.

Banyak ilmu baru yang Aishah dapat dari kelas tu... kalau join kelas lakonan lain takkan dapat.

AISHAH AZMAN

PELAKON

"Satu Malaysia sendiri tau kak Abil is one of the best actress, rugi kalau kita tak ambil dan timba ilmu daripada dia.

"Banyak ilmu baru yang Aishah dapat daripada kelas itu yang rasanya kalau join kelas lakonan lain takkan dapat ilmu tu.

"Kak Abil tak terlalu fokus pada cara berlakon tapi lebih fokus kepada cara bawa diri sebagai pelakon yang berdisiplin dan tahu tanggungjawab sebenar bila terima sebuah naskah.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Tak ada bayaran, she truly honest in her class and tak berkira masa pun. Malah masa dah habis kelas pun beliau ada cakap, jika lepas ni nak kelas lagi tak ada masalah," katanya.

Sharifah Rose masuk kelas Nabila Huda.

Selain Aishah, beberapa artis lain juga mengikuti kelas tersebut antaranya pelakon dan influencer Sharifah Rose dan Siti Khadijah.

Ujar Aishah lagi, pelakon baharu perlu memanfaat peluang yang ada untuk perbaiki mutu lakonan kerana ia merupakan tanggungjawab seseorang individu terhadap kerjayanya.

"Semua pelakon baru akan lalui fasa ni, unless seseorang tu memang dilahirkan dengan bakat yang hebat atau gifted. Terpulang pada diri sendiri nak perbaiki atau nak stay jadi kayu.

"Cuma kita sebagai pelakon perlu tahu tanggungjawab dan sama-sama perbaiki, kalau ada new comer yang ada dalam situasi ni, saya nasihatkan supaya jangan down atau putus asa, keep improve yourself and untuk diri Aishah jugak. Jangan pernah malu untuk join class," ujarnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain