suria

Dua jam Hafreez Adam ‘termenung’ tunggu Azar Azmi bangun tidur - “Sampai hari ini saya rasa serba salah”

Azar pernah membuatkan Hafreez menunggu dua jam di set penggambaran.

AKIBAT terlajak tidur, pelakon Azar Azmi menyimpan perasaan bersalah dan malu terhadap aktor Hafreez Adam yang terpaksa menunggunya di set penggambaran drama Derita Untuk Bahagia selama hampir dua jam.

Mengakui kesalahannya itu, Azar atau nama sebenarnya Siti Azar Ameerah Azmi, berkata kelewatan yang tidak disengajakan itu berlaku disebabkan dia bangun lewat gara-gara terlalu letih.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tinggi mana darjat kau kalau tak reti hormat orang, kau yang patut kena kaki!” - Azar Azmi kesal lelaki mengamuk fasal sejadah dalam masjid

"Sampai hari ini saya rasa serba salah terhadap Hafreez. Ada sekali, saya terlajak tidur disebabkan badan terlalu letih dan lewat sampai ke lokasi penggambaran.

Azar bergandingan dengan Hafreez buat pertama kali.

"Kebetulan pula waktu itu hanya nak rakam babak saya dengan Hafreez sahaja. Hampir dua jam juga Hafreez terpaksa tunggu saya di set.

"Memang saya mengaku itu salah saya tapi nasib baik juga Hafreez tak marah. Memang waktu itu saya tak sedar sampai terbangun lewat," katanya kepada mStar.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Pelakon berusia 32 tahun itu berkongsi perkara tersebut ketika sesi temu bual bersama media secara maya pada Selasa.

Sampai ke hari ini saya masih ada rasa serba salah terhadap Hafreez.

HAFREEZ ADAM

PELAKON

Drama terbaharu gandingan Azar, Hafreez dan Amar Baharin berjudul Derita Untuk Bahagia sudah mula ditayangkan di Astro Prima pada pukul 6 petang bermula Isnin hingga Jumaat.

Dalam pada itu, pelakon drama siri popular Nur 2 ini juga mendedahkan penggambaran drama tersebut juga pernah dihentikan selama dua minggu kerana dia perlu menjalani kuarantin kendiri.

Azar memilih untuk kuarantin selepas dia berada di set penggambaran program TV bersama penyanyi Naim Daniel yang menjadi kontak rapat selebriti Alif Satar yag disahkan positif Covid pada 22 November tahun lalu.

Salah satu babak dalam drama Derita Untuk Bahagia.

"Penggambaran drama ini terpaksa direhatkan selama dua minggu disebabkan saya. Memang rasa serba salah, tapi saya tak minta pun benda tu terjadi

"Waktu itu keadaan Covid-19 agak teruk dan saya pun ada jalani penggambaran untuk program TV bersama Naim Daniel yang menjadi kontak rapat pesakit Covid iaitu Alif Satar.

"Ikutkan keputusan swab test saya negatif tapi doktor kata tak boleh jamin sebab mungkin saya bukan penghidap tapi boleh jadi pembawa virus waktu itu.

"Doktor kata terpulang atas budi bicara produksi untuk teruskan atau tidak. Tapi masing-masing rasa tak selamat, itu yang terpaksa berhenti sekejap selama dua minggu," ujarnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain