LULUH hati pengacara Haziq Hussni apabila kedua-dua orang anaknya terpaksa dimasukkan ke sebuah hospital di Shah alam akibat jangkitan virus pada paru-paru. Menurut pemilik nama Muhammad Haziq Irfan Mohd Hussni ini, dua orang anaknya iaitu Muhammad Heidy Nufael, 4, dan Chayra Auliya, 3 mula mengalami demam, selsema dan batuk sejak seminggu lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Bapa mentua Haziq Hussni meninggal dunia di Indonesia, terkilan tak dapat jumpa buat kali terakhir Bagaimanapun penyampai radio Hot FM ini bersyukur keputusan ujian saringan Covid-19 ke atas kedua-dua kanak-kanak itu serta dia dan isteri, Ayunda Putri adalah negatif. Rakan-rakan selebriti turut mendoakan keadaan anak Haziq. "Anak-anak saya alami demam, selsema dan batuk selama seminggu dan apabila buat pemeriksaan, doktor sahkan ada virus dekat paru-paru. "Hari ini dah masuk hari kedua kami di hospital. Saya bersama isteri teman anak-anak di hospital. Untuk teman anak-anak, saya dan isteri kena lakukan ujian saringan terlebih dahulu. "Alhamdulillah semua keputusan negatif... anak-anak pun sama negatif," kata Haziq ketika dihubungi mStar pada Selasa. Buat masa sekarang doktor masih pantau keadaan anak-anak saya. HAZIQ HUSSNI PENGACARA Sebelum ini, selebriti berusia 30 tahun itu berkongsi foto di Instagram memperlihatkan tangan dua orang anaknya memakai gelang hospital. Rata-rata netizen dan rakan selebriti mendoakan agar anak-anak Haziq diberikan kesihatan yang baik. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Dalam pada itu, pengacara program Muzik-Muzik ini memberitahu keadaan anak-anaknya masih dalam pemantauan doktor dan mereka juga diberikan antibiotik selama empat hari. Biarpun sedih melihat keadaan dua orang anak sedang sakit, namun Haziq memuji isterinya yang kelihatan tenang berdepan dengan dugaan. Haziq dan isteri dibenarkan untuk menemani anak-anak mereka di hospital. "Buat masa sekarang doktor masih pantau keadaan anak-anak saya. Kena masuk antibiotik untuk tiga hingga empat hari. Kalau keadaan semakin baik dan tak ada apa-apa selepas itu... boleh pulang dah. "Harap boleh doakan Heidy dan Yaya cepat sihat. Kita yang dewasa sakit juga nak tahan dan buang kahak semua. Budak-budak ini lagi la tak tahu apa-apa. "Nasib baik isteri saya seorang yang kuat... dia la yang paling tenang berhadapan dengan keadaan anak-anak tengah sakit," ujarnya. Haziq mendirikan rumah tangga dengan Ayunda Putri, 30, yang berasal dari Medan, Indonesia pada 15 Julai 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram! TONTON VIDEO PILIHAN!