TAMPIL dengan video parodi berbaur sindiran, pelakon dan pelawak Douglas Lim mengakui sengaja mengambil kesempatan dengan situasi semasa untuk dijadikan bahan jenaka yang menghiburkan. Bagaimanapun menurut Douglas, 44, sebagai pelawak komedi stand-up, dia tidak mempunyai agenda tertentu termasuk andaian kononnya dia mahu menjatuhkan individu tertentu menerusi jenakanya. "Ramai yang bosan, penat duduk rumah ketika PKP... jadi saya buat video untuk buatkan orang ketawa. ARTIKEL BERKAITAN: Allahuakbar! Seriau dengar cerita kulit dahi mangsa tren LRT terbelah sampai nampak tempurung! "Tapi kena ingat... sebagai seorang pelawak tujuan saya hanya satu iaitu untuk buat orang ketawa. "Ramai orang fikir saya ada agenda sulit, agenda tersendiri, ada tujuan lain... tapi sebenarnya tak ada pun," katanya kepada mStar. Sindiran berkaitan proses pendaftaran vaksin AstraZeneca juga menarik perhatian ramai. Bermula dengan video menggunakan bekas makanan lutsinar sebagai prop menggantikan pelitup muka atau face shiled, jenaka satira Douglas terus mendapat perhatian netizen Ramai yang tahu bahawa video itu merupakan parodi ajukkannya terhadap bekas Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman ketika sidang media susulan insiden kemalangan dua tren Transit Aliran Ringan (LRT). [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Selain itu Douglas juga muncul dengan video bertajuk Kisah CucukMyAz yang menyentuh isu masalah pada laman web ketika pendaftaran vaksin AstraZeneca serta Essential Services Hotline berhubung kategori perkhidmatan perlu yang diberi kebenaran untuk beroperasi semasa tempoh PKP dikuatkuasakan. Kebanyakan pelawak kalau buat lawak sindiran... fokusnya adalah pada kelakuan dan perbuatan, bukan kepada individu. DOUGLAS LIM PELAWAK Bercerita mengenai penghasilan satira sindiran, Douglas berkata sebagai pelawak dia berpegang kepada prinsip untuk tidak menyentuh mengenai karakter atau keperibadian seseorang. "Kadang-kadang orang salah faham hingga menyebabkan saya sering ditanya tentang video yang dibuat itu untuk sakitkan hati siapa? "Kami menyindir perbuatan, bukan sindir orang. Itu definisi yang perlu diketengahkan dan difahami. Antara komen netizen berhubung video parodi yang dihasilkan Douglas. "Kebanyakan pelawak kalau buat lawak sindiran... fokusnya adalah pada kelakuan dan perbuatan, bukan kepada individu. Saya tidak akan sentuh karaker dia secara peribadi," katanya. Tambah Douglas dia begitu gembira apabila menerima reaksi positif daripada orang ramai selepas berkongsi video-video berkenaan di media sosial. "Saya terima banyak DM (mesej langsung) dan komen menyatakan mereka jadi tidak bermaya kerana kena duduk. Tapi kini mereka sedikit gembira kerana ada bahan untuk hiburan. "Majoriti 95 peratus terhibur, hanya 5 peratus yang rasa tersinggung dan tak puas hati. Saya tak boleh nak jaga hati semua orang," katanya. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram! TONTON VIDEO!