DUGAAN dan ujian terus menimpa gitaris kumpulan Kristal, Rody apabila mengetahui isterinya iaitu Niena Azman pula disahkan positif Covid-19 selepas melakukan ujian saringan kali kedua. Rody atau nama sebenarnya Mohd Rodi Baharudin berkata, Niena yang juga penjaga gol skuad futsal wanita kebangsaan kini menjalani kuarantin bersamanya sejak Selasa. ARTIKEL BERKAITAN: Rody Kristal positif Covid-19 selepas jadi kontak rapat adik ipar - “Nak tidur pun tak selesa sebab berpeluh dan menggigil” Tambah Rody lagi, isterinya juga mengalami simptom yang sama sepertinya iaitu demam panas dan sakit kepala sehingga kini. Rody bersama anak buahnya disahkan positif Covid pada Ahad. "Ya, isteri saya pula disahkan positif Covid-19 dan sebaik sahaja terima keputusan swab test semalam (Isnin), dia terus kuarantin bersama saya di rumah ibu bapa saya. "Niena juga mengalami simptom yang sama seperti saya. Sehingga kini dia masih lagi demam dan sakit kepala," kata Rody ketika dihubungi mStar. Terdahulu, Rody menerusi Instagram berkongsi mengenai isterinya yang disahkan positif Covid-19 dan menjalani kuarantin bersamanya. Niena juga mengalami simptom yang sama seperti saya. RODY GITARIS KUMPULAN KRISTAL Menerusi laporan mStar pada Ahad, Rody mengesahkan dia dijangkiti Covid-19 selepas menjadi kontak rapat adik iparnya yang disahkan positif terlebih dahulu. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Menurut Rody, adik iparnya mengalami demam selama tiga hari dan isteri serta anak mereka turut dijangkiti Covid-19. Dalam pada itu, Rody berharap orang ramai dapat mendoakan dua orang anaknya dan ibu bapanya dijauhi virus tersebut memandangkan mereka akan melakukan ujian saringan. Anak-anak Rody akan lakukan ujian saringan buat kali kedua. "Saya harap semua orang mendoakan anak-anak saya dan ibu bapa saya selamat... mereka akan buat ujian saringan hari ini. "Anak-anak dan ibu bapa saya kini tinggal di rumah saya buat sementara waktu," ujarnya. Rody berkahwin dengan Niena di Kulai Johor pada 27 April 2018 dan dikurniakan dua anak lelaki, Adithya Jabbar, 2 dan Barie Habibullah yang lahir pada 7 Julai tahun lalu. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram! TONTON VIDEO PILIHAN!