suria

Beberapa bulan beroperasi, Ernie, Syamel terpaksa jual kedai makan Se-Table - “Bukan sebab terkesan dengan PKP tapi...”

Syamel dan Ernie buka Cafe Se-Table Disember lalu.

BARU dibuka Disember lalu, penyanyi Ernie Zakri dan suaminya Syamel mendedahkan kedai makan Se-Table yang terletak di Platinum Walk, Setapak sudah pun dijual.

Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri berkata, keputusan itu dibuat bukan disebabkan terjejas dengan perintah kawalan pergerakan PKP sebaliknya mengalami masalah dengan rakan kongsi.

ARTIKEL BERKAITAN: Kantoi! Ernie dan Syamel malu-malu disergah bermanja atas kerusi dalam rumah

"Kafe tu lama dah kitorang jual, ada la sebab-sebab tertentu, isu di mana kami tak boleh bekerjasama dengan a few partner kami, jadi kami ambil langkah untuk jual kedai itu.

"Kami jual bukan sebab terkesan dengan PKP, sebelum ni masa PKP masih berjalan lancar juga," katanya kepada mStar.



Ernie dan Syamel buka Kafe Setable pada Disembar.

Penyanyi lagu Gundah itu berkata, biarpun dalam keadaan pandemik Covid-19, dia dan suami masih tidak terjejas teruk berikutan masih mempunyai perniagaan lain.

"Dari segi kerjaya semua terpaksa dihentikan sementara tunggu lockdown ni.

"Kalau nak kata survive tu, Alhamdulillah walaupun duduk di rumah, kami masih buat program-program bekerja dari rumah.

Kami jual bukan sebab terkesan dengan PKP, sebelum ni masa PKP masih berjalan lancar juga

ERNIE ZAKRI

PENYANYI

"Sekarang ni kami usahakan keropok lekor crispy frozen, dan permintaan dari pelanggan pun semakin banyak, walaupun tak boleh keluar rumah ini la yang kami jalankan," ujarnya.

Sementara itu, menyentuh perkembangan peribadi, Ernie bersyukur dapat melalui fasa 'berkurung' di rumah bersama suami.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Alhamdulillah selepas berkahwin segalanya dipermudahkan, syukur sangat, kami dah settle down, sebelum ni agak kelam-kabut.

"Sebab kes makin tinggi kami prefer untuk duduk di rumah dan bersyukur ada kawan masa lock down ni, ini lah benda yang paling baik kita lakukan untuk duduk di rumah sehingga kes menurun," ujarnya.



Erni dan Syamel diijabkabulkan pada 26 Mac 2021.

Ernie dan Syamel disatukan sebagai pasangan suami isteri pada 26 Mac lalu di Masjid Puncak Alam, Selangor.

Pasangan ini kemudiannya diraikan dalam satu majlis resepsi yang berlangsung pada Sabtu lalu di Bayswater @KLCC, Kuala Lumpur.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain