PENYANYI dan pelakon Dr. Soo Wincci tidak bersetuju dengan pendapat pakar motivasi, Prof. Dr. Muhaya Mohamad agar wanita yang lambat mendapat jodoh perlu berbuat 'bodoh-bodoh sikit' demi meraih perhatian lelaki idaman. Menurut Wincci, 36, seorang wanita seharusnya menghormati dirinya sendiri dan lelaki sejati pastinya akan menghargai wanita di sebalik kepandaian seseorang itu. ARTIKEL BERKAITAN: Prof Muhaya bikin ramai 'naik angin', sampaikan golongan profesional bersuara... tak boleh terima kenyataan wanita kena jadi ‘bodoh-bodoh sikit’ - “Saya hilang kata-kata” "Maaf cakaplah, fikiran zaman sekarang bukan macam dulu... jikalau anda pilih tidak mahu kahwin itu adalah pilihan anda sendiri. "Janganlah buat-buat bodoh demi nak cari jodoh. Bagi saya senang sahaja, kalau siapa nak kahwin, kahwinlah dan kalau siapa tak nak kahwin pun tak mengapa sebab zaman dah berubah. Perkongsian Wincci di Instagramnya. "Saya memang hormat pandangan Prof. dalam pelbagai isu sebelum ini, tapi apabila melibatkan isu sensitif seperti ini saya harus bersuara kerana pendapat beliau sama sekali tidak betul," katanya ketika dihubungi mStar. Video Muhaya memberikan pendapatnya berhubung wanita lambat mendapat jodoh menjadi perbualan hangat netizen sehingga ia menjadi tular di media sosial pada Rabu. Bercakap daripada pengalamannya sendiri, Wincci mengakui sebelum ini dia pernah memperbodohkan dirinya sendiri demi cinta namun akhirnya dia bersyukur cepat menyedari perkara itu. "Saya dah lalui perkara macam memperbodohkan diri sendiri demi cinta... tapi lama-lama saya fikir sampai bila saya harus jadi begini. Janganlah buat-buat bodoh demi nak cari jodoh. DR. SOO WINCCI PENYANYI, PELAKON "Bekas teman lelaki minta saya terus jadi suri rumah bila dah kahwin nanti, dia tak nak saya jadi lebih cerdik daripada dia. "Bila dia minta macam itu, nasib baiklah saya cepat tersedar dan disebabkan perkara itu sampai sekarang saya jadi trauma nak kahwin," ujarnya. Biarpun dirinya sudah boleh dikatakan cukup matang untuk mendirikan rumah tangga, Wincci bagaimanapun masih mengejar impiannya sebelum 'terikat' dengan perkahwinan. Bekas ratu cantik ini cukup dikenali sebagai 'beauty with brain'. "Memang saya akui ada ramai lelaki yang cuba nak berkenalan rapat dengan saya tetapi di awal-awal perkenalan saya memang dah jelaskan pada mereka yang kami hanya berkawan. "Saya memang tidak mahu memberi harapan kerana sememangnya sekarang fokus saya hanya pada misi untuk menyelesaikan pengajian Doktor Falsafah (PHD) kedua serta ingin membina kerjaya nyanyian di Sepanyol. "Dalam hati saya memang tiada sesiapa buat masa ini, memang kerjaya sahaja dalam hati saya... mak dan ayah pun tidak pernah memaksa bila saya nak berkahwin," katanya. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Dikenali sebagai 'beauty with brain', Wincci berjaya memperoleh PhD dalam Pentadbiran Perniagaan (Open University, Malaysia), Ijazah Pentadbiran Perniagaan (Universiti Sunshine Coast, Australia) dan Ijazah Undang-Undang (University of Reading, United Kingdom). Bekas ratu cantik ini kini sedang melanjutkan pengajian PhD kedua dalam bidang Artistic Production di University of Polytechic di Valencia, Sepanyol. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!