suria

Ujian calitan Covid-19 kali kedua negatif, Riena Diana tetap teruskan kuarantin sampai 14 hari - “Saya tinggal dengan nenek, risau keadaan dia”

Riena lega apabila menerima keputusan ujian calitan Covid-19 negatif.

SELEPAS sembilan hari menjalani kuarantin di rumah, pelakon dan pengacara Riena Diana meluahkan rasa syukur apabila keputusan ujian calitan Covid-19 kedua negatif.

Biarpun ujian saringan pertama dan kedua negatif, namun Riena atau nama sebenarnya Nur Qamarina Diana Zulreal tetap mahu meneruskan tempoh kuarantin selama 14 hari sebagai langkah berjaga-jaga.

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi foto dengan kapsyen Alhamdulillah, ramai sangka Riena Diana dah nikah... rupa-rupanya dapat ibu tiri

Riena yang menjadi kontak rapat pesakit Covid-19 memberitahu dia berasa lega apabila dirinya tidak dijangkiti virus tersebut memandangkan neneknya tinggal bersamanya.



Riena berkongsi keputusan ujian calitannya di Instagram.

"Alhamdulillah... keputusan ujian calitan kedua saya negatif. Walaupun keputusan dah keluar menunjukkan saya tiada jangkitan tapi saya tetap nak teruskan kuarantin.

"Ada baki lima hari lagi untuk saya kuarantin demi langkah berjaga-jaga. Bila dapat keputusan itu, memang rasa lega... yela, saya tinggal bersama nenek. Memang risau memikirkan keadaan dia.

"Walaupun saya duduk sama dengan nenek tapi saya kuarantin dalam bilik seorang diri... kalau bosan, saya akan video call nenek," kata Riena ketika dihubungi mStar pada Isnin.

Ada baki lima hari lagi untuk saya kuarantin demi langkah berjaga-jaga.

RIENA DIANA

PELAKON

Sebelum ini, Riena mendedahkan dia terpaksa menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari selepas menjadi kontak rapat pesakit Covid-19.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Menurut penyampai radio Hot FM ini, dia melakukan ujian calitan Covid-19 selepas mengetahui salah seorang kru ketika mengacara di sebuah program di Shah Alam disahkan positif.

Dalam pada itu, pelakon yang popular dengan watak Lailer menerusi drama Kampung People ini menasihati orang ramai agar sentiasa berada di rumah dan hanya keluar sekiranya ingin menguruskan perkara penting.



Riena sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan.

Selain itu, Riena juga meminta semua orang tidak berasa panik untuk membeli barangan keperluan dan sentiasa memakai dua pelitup muka seperti yang disarankan kerajaan serta mengamalkan penjarakan ketika berada di kawasan umum.

"Nasihat saya agar duduk rumah saja dan keluar bila perlu. Kepada yang kelam kabut nak membeli barang sampai hari ini, jangan risau, bekalan makan masih cukup.

"Sebab saya sendiri pernah kena marah dengan orang kedai sebab berebut makanan dan tempat letak kereta. Jangan lupa pakai double mask dan sentiasa jaga kebersihan.

"Sebab saya amalkan double mask dan kebersihan, walaupun jadi kontak rapat pesakit Covid tapi Alhamdulillah saya jaga jarak dan amalkan semua itu, saya bebas daripada virus tersebut," ujarnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain