suria

“Lebih baik jika ada pendidikan... kita tak selamanya ada depan skrin” - Nad Zainal galakan tuntut ilmu sebelum ceburi bidang seni

Nad Zainal mempunyai kelulusan dalam bidang Teater dari Aswara.

PELAKON Nad Zainal mengalu-alukan kedatangan mana-mana bakat baharu yang ingin menceburi bidang lakonan sama ada individu tersebut mempunyai pendidikan formal atau tidak dalam bidang tersebut.

Menurut Nad atau nama sebenarnya, Farah Nadia Zainal Abidin, 31, sekiranya seseorang itu tidak mendapat pendidikan formal dalam bidang lakonan, mereka boleh mengasah bakat dengan menyertai mana-mana kelas lakonan yang dianjurkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Seronok besarkan dua anak, Nad Zainal bertuah dapat suami banyak membantu

"Sebenarnya manusia dilahirkan ada macam-macam bakat, contohnya macam Datuk Rosyam Nor... dia memang dah berbakat dari lahir sama macam Allahyarham Tan Sri P Ramlee.

"Tapi kalau mana rasa diri mereka masih tidak berapa bagus atau tiada background dalam bidang lakonan seeloknya dapat pendidikan awal dalam bidang tersebut.

Komen yang terdapat di ruangan Instagram Nad.

"Macam saya belajar di Aswara (Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan) dulu sebenarnya adalah untuk persediaan sekiranya dah tidak lagi berlakon di masa akan datang.

"Dengan adanya ilmu yang saya pelajari di Aswara mungkin saya boleh jadi penulis skrip, seni ada banyak cabang sebenarnya," katanya ketika dihubung mStar.

Ibu kepada dua cahaya mata ini berpendapat sekiranya seorang pelakon itu mempunyai ilmu dalam bidang yang diceburinya, ia adalah satu bonus.

Nad diminta mengulas isu ini selepas seorang pengikut di laman Instagramnya berpendapat belajar dalam bidang seni lakon belum tentu menjamin masa depan mereka untuk dipilih pengarah.

Ia berikutan trend semasa yang membuka peluang kepada Instafamous dengan jumlah pengikut yang ramai untuk tampil menghiasi kaca televisyen.

Sebenarnya manusia dilahirkan ada macam-macam bakat, contohnya macam Datuk Rosyam Nor... dia memang dah berbakat dari lahir sama macam Allahyarham Tan Sri P Ramlee.

NAD ZAINAL

PELAKON

"Lebih baik jika ada pendidikan awal dalam bidang yang diceburi... kita tidak akan selamanya ada depan skrin.

"Contohnya kalau orang itu ada kelulusan dalam bidang kejuruteraan tapi dia lompat jadi anak seni, dia boleh ambil kelas lakonan dan dari situ nanti lama-lama mereka dah ada sedikit ilmu lakonan yang dipelajari.

"Saya juga harap industri dapat buka ruang untuk seimbang dari segi pengambilan pelakon, jangan ambil berdasarkan populariti semata-mata, bakat itu juga penting," katanya lagi.

Nad cukup dikenali sebagai pelakon berkarakter.

Bercakap mengenai lambakan Instafamous yang sering menjadi pilihan penerbit, Nad berkata dia tidak mempunyai masalah untuk bekerja dengan mana-mana pelakon asalkan mereka mahu belajar dan memberikan komitmen di set penggambaran.

"Saya tiada masa nak memikirkan rezeki orang lain, sesiapa sahaja yang berlakon dengan saya mereka datang dari mana pun kalau dia deliver saya okay sahaja.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Saya tiada masa nak mengkaji dia ini ada kelulusan dalam bidang lakonan atau tidak... siapalah saya untuk berbuat demikian.

"Saya sentiasa alu-alukan sesiapa sahaja yang willing nak belajar on set, bukannya kerja saya nak menetapkan dengan siapa saya nak bekerjasama," ujarnya lagi.

Untuk rekod, pelakon utama drama siri Takdir Yang Tertulis ini memiliki kelulusan Diploma Teater dari Aswara.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Nad Zainal, pelakon, Aswara, Instafamous

Artikel Lain