suria

Tayang foto lama ada tatu, Mat Dan dikritik buka aib, tak sensitif - “Bukan sebab saya bangga... hanya nak tunjuk anak masa muda”

Mat Dan berniat untuk hilangkan tatoo sekiranya ada cara yang tidak memudaratkan dan meninggalkan kesan.

TINDAKAN pengacara Mat Dan di Instagram berkongsi sebuah foto lama yang memperlihatkan tatu di bahagian bahunya dianggap tidak sesuai oleh segelintir netizen.

Rata-rata netizen menegur dan berpendapat perkara itu sebagai tidak sensitif dan hanya membuka aib berikutan pengacara itu sudah pun memeluk agama Islam.

Bagaimanapun, Mat Dan atau nama sebenarnya Kareef Daniel Abdullah, 32, berkata, foto itu hanya untuk ditunjukkan kepada anaknya tentang imej dirinya ketika muda.

ARTIKEL BERKAITAN: Mat Dan dikurnia bayi lelaki

"Saya hanya post gambar lama sebab rindukan rambut, sebenarnya saya baru botakkan kepala... bukan sebab saya rindukan tatu.

"Saya minta maaf kalau benda itu sensitif, saya hanya nak tunjuk gambar itu kepada anak ketika masa muda.

Posting Mat Dan yang menjadi pertikaian netizen di Instagram miliknya.

"Berkenaan tatu tu anak saya sudah hari-hari tengok, saya open kepada anak saya supaya dia tahu siapa daddy dia sebelum peluk Islam," katanya kepada mStar.

Mat Dan berkata, dia enggan membalas komen pada posting tersebut bagi mengelakkan perbalahan, sebaliknya menerima pendapat orang lain dengan hati yang terbuka.

Saya minta maaf kalau benda itu sensitif, saya hanya nak tunjuk gambar itu kepada anak ketika masa muda.

MAT DAN

PERSONALITI TELEVISYEN

Dalam pada itu, Mat Dan berkata, dia berhasrat untuk membuang tatu tersebut sekiranya terdapat cara yang tidak memudaratkan dan meninggalkan kesan.

"Bukan saya bangga dengan tatu, benda tu dah jadi sebahagian dalam badan saya memang tak boleh nak buang.

Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Tatu tu dah lebih 10 tahun di badan iaitu sejak umur 17 tahun, saya rasa macam dah tak perasan ada tatu tu kat badan saya.

"Kalau masa depan ada teknologi yang buang dengan tak memudaratkan tanpa sakit boleh je nak buang, saya bukannya sayang tatu ni.

"Teknologi yang ada sekarang semua laser, kalau buat ada kesan terbakar dan sakit," ujarnya.

Sementara itu, pengacara program Mat Dan Kaki Jalan ini berkata, dia mendidik anaknya yang berusia tiga tahun dengan cara Islam dan memberi pemahaman bahawa tatu tidak dibenarkan kepada muslim.

Mat Dan dan isterinya, Nadifa Adnan dikurniakan dua orang anak lelaki.

"Saya didik anak dari kecil, saya bagi tahu anak saya yang daddy dia bukan lahir sebagai Islam.

"Bila dia besar nanti dia faham la, saya faham orang cakap perkara itu tak baik tunjuk dekat anak," ujarnya.

Mat Dan merupakan seorang pengembara dan pengacara berasal dari England yang berwarganegara United Kingdom. Dia menetap di Malaysia sejak 2009 selepas mengembara ke Pulau Kapas, Terengganu.

Pada tahun 2018 Mat Dan atau nama asalnya Daniel James Taylor mendapat taraf Penduduk Tetap (PR) Malaysia dan memeluk Islam.

Dia dikenali kerana kefasihannya bertutur dalam Bahasa Melayu dengan dialek Terengganu.

Mat Dan berkahwin dengan Nadifa Adnan pada 12 Mac 2017 di Bukit Chendering, Kuala Terengganu dan dikurniakan dua cahaya mata.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain