suria

Michael Ang hidap glaukoma, risiko buta jika lambat buat pembedahan - “Penyakit ini berkait dengan keturunan”

Michael Ang hidap penyakit mata glaukoma.

PENGARAH Michael Ang bernasib baik sempat melakukan pembedahan mata bagi merawat penyakit glaukoma yang dihidapinya.

Michael, 45, berkata, dia berkemungkinan akan hilang penglihatan disebabkan kesan penyakit tersebut jika lambat mendapatkan rawatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Michael Ang tunai janji... belanja RM5, 000 kepada 10 pengikut IG yang kuarantin kendiri - “Saya cuma bantu mana yang termampu”

"Sebenarnya dari tahun lepas saya dah buat medical check up dan memang dikesan ada penyakit glaukoma.

"Tapi disebabkan saya sibuk shooting jadi tak sempat nak buat follow up dan sekarang masa yang sesuai, saya terus buat pembedahan sebelum keadaan jadi teruk.

Michael sekali lagi akan jalani pembedahan di mata sebelah kiri pula minggu depan.

"Saya buat pembedahan mata sebelah kanan dahulu dan untuk mata kiri akan dilakukan minggu hadapan," katanya ketika dihubungi mStar.

Michael melakukan pembedahan glaukoma di sebuah pusat perubatan di Ara Damansara, Selangor pada Isnin.

Menurut Michael, penyakit glaukoma yang melibatkan tekanan pada saraf mata merupakan antara penyakit keturunan dan dia sendiri mempunyai seorang sepupu yang menderita disebabkan penyakit tersebut.

Sekarang masa yang sesuai, saya terus buat pembedahan sebelum keadaan jadi teruk.

MICHAEL ANG

PENGARAH

"Doktor beritahu penyakit ini juga berkait dengan keturunan dan memang dalam keluarga saya ada sepupu yang hidap glaukoma.

"Disebabkan dia terlambat buat rawatan, sekarang mata dia dah buta sebelah.

"Mungkin kalau tangguh lagi, perkara sama boleh berlaku pada saya... nasib baik sekarang tengah PKP bolehlah saya buat pembedahan, kalau tidak memang sebelum ini tiada masa disebabkan terikat dengan komitmen kerja," katanya.



Michael nasihatkan jangan ambil enteng tentang masalah kesihatan mata.

Menceritakan peringkat awal dia mengalami penyakit tersebut, pengarah drama Perempuan Tanpa Dosa itu berkata matanya sering dalam keadaan kabur dan kurang jelas.

"Masa saya shooting drama saya dah perasan dah mata saya sekejap clear, sekejap kabur dan kadang-kadang rasa macam ada ulat bergerak dalam mata.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Disebabkan itu saya buat pemeriksaan kesihatan alang-alang saya dah buat full medical check-up, saya suruh doktor periksa mata sekali.

"Kita selalu ambil ringan pasal masalah mata, jangan begitu... kalau rasa ada tidak kena sahaja pada mata anda, terus pergi periksa sebelum terlambat!" pesannya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain