suria

Aniq Suhair manfaat waktu PKP bantu frontliner... ambil peluang jadi sukarelawan di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC)

Aniq Suhair bertugas sebagai sukarelawan di CAC Covid di Stadium Titiwangsa.

PELAKON Aniq Suhair memanfaatkan tempoh Perintah Kawalan Berkurung (PKP) 3.0 dengan menjadi sukarelawan di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Menurut Aniq atau nama sebenarnya, Muhammad Aniq Suhair Mohd Salleh, 21, dia bangga dapat mencurahkan bakti dengan caranya tersendiri seperti membantu kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam usaha membasmi penularan wabak Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: Aniq Suhair ditampar Mak Jah gara-gara tak dapat ‘feel’ untuk menangis

Aniq ditugaskan untuk memeriksa tekanan darah, tahap oksigen serta denyutan nadi pesakit Covid-19 di mana tahap kesihatan mereka akan dipantau oleh doktor.

"Dari saya buang masa di rumah, baik saya bantu frontliners. Saya nak rasa sendiri pengalaman macam mana peritnya petugas barisan hadapan dalam PPE (kelengkapan pelindung diri) dan berhadapan dengan beratus pesakit Covid setiap hari.

Aniq hargai pengorbanan frontliners KKM.

"Dengan kes yang meningkat ni saya pasti frontliners kita sudah penat dan tak cukup tangan dah, saya sangat berbangga dan gembira kerana dapat bantu meringankan beban mereka," katanya ketika dihubungi mStar.

Berkongsikan pengalamannya Aniq berkata, dia terlebih dahulu diberikan taklimat dan dilatih selama tiga hari oleh doktor sebelum turun padang pada Sabtu.

Saya nak rasa sendiri pengalaman macam mana peritnya petugas barisan hadapan dalam PPE dan berhadapan dengan beratus pesakit Covid setiap hari.

ANIQ SUHAIR

PELAKON

"Tak senang nak lepas sebenarnya bila jadi sukarelawan ni, kami kena datang taklimat selama tiga hari sebelum diberi peluang bertugas.

"Setakat semalam (Sabtu) saya dah periksa lebih 210 pesakit yang mempunyai simptom Covid-19.

Aniq berharap angka kes akan menurun.

"Dari sini juga saya dapat berbual dengan pesakit dan mereka turut bercerita pengalaman mereka yang sedikit sebanyak dapat buka mata saya tentang wabak berbahaya ini," ujarnya lagi.

Berbekal pengalamannya itu, Aniq berkata dia sangat berterima kasih dengan segala pengorbanan kakitangan KKM yang telah bertungkus lumus sejak Mac tahun lalu sehingga sekarang.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Sekarang baharu saya tahu betapa peritnya berada dalam PPE selama berjam-jam dan barang PPE itu bukan murah ya, kena tukar setiap kali break.

"Kerajaan dah spend banyak sangat, jadi kita semua perlu mengambil berat tentang bahaya Covid-19 sebab bukan sahaja boleh bantu frontliners tetapi negara kita dari segi turunkan angka kes harian," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain