suria

Peminat sangka Soffwany hamil... rupa-rupanya badan berisi sebab Raja Afiq rajin masak! - “Dia main campak-campak je tapi memang sedap”

Peminat sangka Soffwany kini sedang hamil.

PENYANYI Soffwany Yusoff menafikan dirinya sudah berbadan dua berikutan bentuk badan yang kini kelihatan sedikit berisi.

Menurut Soffwany, 32, berat badannya semakin bertambah sejak kebelakangan ini disebabkan suaminya, pelakon Raja Afiq rajin memasak memandangkan banyak masa terluang sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

ARTIKEL BERKAITAN: Raja Afiq sah jadi suami polis viral Soffwany Yusoff

"Sebenarnya belum lagi berbadan dua dan memang tiada nak rahsiakan apa-apa pun. Kalau ada berita baik nanti kami akan kongsikan.

"Cumanya nampak macam berbadan dua disebabkan berat badan saya naik, suami rajin masak tambah-tambah lagi dia tengah free banyak masa sekarang.

Komen peminat yang membuat telahan Soffwany kini sedang hamil.

"Saya pun memang suka makan masakan dia... sebab itulah sekarang saya banyak join dia buat senaman sebab nak turunkan kembali berat badan," katanya ketika dihubungi mStar.

Badan Soffwany yang kelihatan sedikit berisi menimbulkan tanda tanya dalam kalangan pengikut laman Instagramnya selepas dia berkongsikan gambar terbaharu baru-baru ini.

Menceritakan masakan air tangan suami yang menjadi kegemarannya, penyanyi lagu Nafas Cinta ini berkata dia akan bertambah selera sekiranya Raja Afiq memasak hidangan ayam masak merah dan cucur goreng.

Nampak macam berbadan dua disebabkan berat badan saya naik, suami rajin masak tambah-tambah lagi dia tengah free banyak masa sekarang.

SOFFWANY YUSOFF

PENYANYI

"Kalau ikutkan semua menu yang suami masak memang saya suka makan sebab air tangan dia memang sedap.

"Walaupun nampak macam dia main campak-campak je waktu masak tapi bila dah siap, memang sedap!" ujarnya.

Bercakap mengenai perkembangan seni terbaharu, nama penyanyi yang pernah tular pada tahun 2018 ini berkata, dia kini memberikan tumpuan terhadap pekerjaannya sebagai anggota polis.

Raja Afiq rajin masak sepanjang tempoh PKP.

"Sejak negara berada dalam keadaan pandemik memang tiada sebarang perkembangan seni terbaharu daripada saya sebab kita masih tak boleh buat event atau majlis nyanyian.

"Sekarang memang saya fokus kepada pekerjaan hakiki sebagai anggota polis... walaupun bekerja sebagai frontliner tak susah untuk saya bahagi masa dengan suami sebab memang kami bekerja dah ada jadual.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Suami pun dah faham jadual kerja saya, ada waktu saya busy dan ada waktu saya akan free," katanya lagi.

Soffwany mendirikan rumah tangga dengan Raja Afiq, 27, pada 19 September tahun lalu di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam, Selangor.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain