TEMPOH Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memberi peluang kepada pelakon baharu Arena Lieya menonton semula lakonannya dalam drama Hati Yang Dikhianati (HYD) bagi belajar dan membaiki kekurangannya. Arena atau nama sebenarnya Arena Wan Mun-Yi Iman Wan, 22, berkata, dia terpaksa mengambil inisiatif itu bagi mempersiapkan dirinya menjadi lebih baik sebelum penggambaran disambung semula selepas PKP. ARTIKEL BERKAITAN: Isyariana akur drama 'Hati Yang Dikhianti' dihentikan sementara, ajak penonton buat aktiviti positif di rumah "Sebenarnya banyak perkara menarik dapat saya belajar sepanjang tempoh lockdown ini. Antaranya, saya banyak belajar memasak menu baru daripada ibu saya. Arena seronok dapat belajar masak daripada ibunya. "Saya juga ada mengambil kelas mengaji Al-Quran secara talian menerusi panggilan video setiap minggu. Dan sudah tentu saya sentiasa ingin memperbaiki mutu lakonan. "Jadi, saya akan menonton semula lakonan saya dalam drama HYD. Tengok di mana kekurangan saya dan dari situ juga saya berlatih sendiri di rumah. Alhamdulillah, sepanjang tempoh lockdown, saya berpeluang untuk buat ulasan produk. ARENA LIEYA PELAKON "Saya juga ada menonton banyak drama lain untuk belajar. Semua ini saya kena lakukan demi mempersiapkan diri sebelum masuk semula penggambaran HYD," katanya kepada mStar. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Selain Arena, drama HYD itu turut dibintangi oleh Amar Baharin, Isyariana, Mona Allen, Syamim Farid, Mia Nasir dan Nabil Aqil. Sebelum ini, tayangan drama tersebut terpaksa dihentikan berikutan tempoh PKP yang dilaksanakan kerajaan tidak membenarkan sebarang aktiviti penggambaran. Arena bersama salah satu kucing perliharaannya. Dalam pada itu, Arena yang juga bekas Dewi Remaja 2018/2019 ini turut berkongsi mengenai hobi baharunya iaitu membela kucing selain aktif di media sosial. "Sekarang ini saya ada enam ekor kucing... kiranya ini antara hobi baharu. Saya boleh luangkan masa lama untuk lihat barang comel dan belajar tentang kesihatan kucing secara dalam talian. "Selain itu, saya memang aktif di media sosial terutama Instagram, TikTok dan YouTube. Alhamdulillah, sepanjang tempoh lockdown, saya berpeluang untuk buat ulasan produk. "Jadi, saya sebenarnya masih bekerja walaupun duduk di rumah. Kalau saya tak ada apa nak buat, saya akan tonton filem untuk rujukan dalam lakonan," ujarnya. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram! TONTON VIDEO PILIHAN!