suria

Kamal Adli suka jadi pegawai polis ‘poyo’, keluar kepompong drama tipikal cinta dan kahwin paksa

Watak Black dianggap agak berat kerana banyak babak penyiasatan yang perlu diselesaikan dan cukup rumit.

PELUANG kembali menggalas tugas sebagai pelakon utama dalam drama bersiri Black cukup dinanti-natikan aktor Kamal Adli yang sebelum ini cukup sinonim dengan naskhah bergenre ringan.

Menurut Kamal atau nama sebenarnya, Ahmad Kamal Ahmad Adli, 35, sungguhpun watak Malik atau Black yang dibawakan cukup berat, namun dia berpuas hati dengan hasil yang ditunjukkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Cinta makin serius, Kamal Adli risik Uqasha Senrose jadi calon isteri

"Saya memang tertunggu-tunggu watak seperti ini dan dah menanti sambungannya untuk musim kedua.

"Watak Black adalah sebagai seorang aggota polis yang 'poyo' dan ia memang sangat berlainan dengan drama kahwin paksa yang pernah saya lakonkan sebelum ini.

Kamal digandingkan dengan Siti Saleha dalam Black.

"Saya suka cerita ni sebab ia dekat dengan penonton dan kalau sesiapa yang dah tengok versi Korea mesti mereka dah tahu uniknya jalan cerita drama ini," katanya kepada mStar.

Selain itu tunang kepada pelakon Uqasha Senrose ini turut teruja berkongsikan pengalamannya sepanjang menjalani penggambaran Black musim kedua tahun lalu.

Menurut Kamal, pihak produksi sangat menitikberatkan prosedur operasi standard (SOP) setiap kali mereka memasuki set penggambaran.

"Pihak produksi menjaga kami dengan baik di set penggambaran terutama semasa penularan pandemik Covid-19. Mereka tidak pernah mengabaikan kebajikan kami sebagai pelakon.

Watak Black ini memang sangat berlainan dengan drama kahwin paksa yang pernah saya lakonkan sebelum ini.

KAMAL ADLI

PELAKON

"Sebelum masuk set, kami semua terlebih dahulu perlu disanitasi seluruh badan dan setiap kali selepas berehat pun kami perlu disanitasi sekali lagi.

"Disebabkan produksi sangat profesional dan mudah bekerja, saya sedia bekerjasama jika produksi yang sama mahu menawarkan saya drama lain pula," katanya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Diadaptasi daripada drama Korea bergenre fantasi-seram dengan judul sama, Black musim kedua versi Malaysia sudah mula ditayangkan pada 10 Jun lalu secara eksklusif di Viu.

Selain Kamal, drama arahan Ghaz Abu Bakar ini turut dibintangi ramai pelakon popular seperti Siti Saleha, Nabila Huda, Namron, Khir Rahman, Adlin Aman Ramlie dan Zoey Rahman.

Antara babak mendebarkan dalam Black musim kedua.

Sementara itu Ketua Produksi Asli Viu Malaysia dan Indonesia, Sahana Kamath berkata sebanyak 10 episod dihasilkan untuk musim ini yang pastinya tidak mengecewakan pengikut siri berkenaan.

"Mengadaptasi drama Korea yang disukai ramai merupakan satu risiko namun ia berbaloi apabila musim pertama berjaya mencapai kejayaan lebih daripada yang dijangkakan.

"Musim pertama meraih ulasan baik daripada pengkritik dan diletakkan dalam kedudukan 10 siri paling banyak ditonton di platform ini di Malaysia," katanya.

Menerusi musim baharu ini, pemburuan Black ke atas musuhnya dipertingkatkan, malah siasatannya membawa kepada beberapa kes pembunuhan yang tidak dapat diselesaikan termasuk paling mengejutkan iaitu mengenai pembunuhan dirinya sendiri.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain