suria

[VIDEO] Selepas buat malu menjerit takut jarum, Ara Johari ‘berkurung’ dalam bilik - “Saya demam, sakit badan dan cirit-birit”

Ara ada masalah fobia melihat jarum suntikan.

PENYANYI Ara Johari berkongsi keadaan dirinya selepas menerima suntikan dos pertama vaksin yang diambil di Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam pada Sabtu lalu.

Menurut Ara atau nama sebenarnya Nurfarrah Izzatie Johari, dia mengalami beberapa simptom seperti sakit badan, demam dan cirit-birit selepas lebih kurang 24 jam disuntik.

ARTIKEL BERKAITAN: Ara Johari belajar fesyen, berubah jadi lebih feminin pula! - “More to Korean look... tak berani pakai dress lagi”

Biarpun hanya mampu terbaring sahaja di dalam bilik namun penyanyi berusia 24 tahun ini masih mempunyai selera makan seperti biasa.

Ara berkongsi video ketika dia menerima suntikan dos pertama vaksin.

"Selepas lebih kurang 24 jam terima suntikan vaksin pertama, saya memang alami banyak simptom. Ikutkan memang tak larat nak buat apa-apa.

"Saya baring saja dalam bilik. Selain itu, saya juga alami sakit badan dan demam selain cirit-birit.

"Dalam tempoh tu saya berehat saja sebab tak boleh banyak bergerak. Tapi Alhamdulillah... saya masih ada selera makan dan minum air banyak," katanya kepada mStar.

Sejujurnya memang saya ini takut dengan jarum sejak kecil lagi.

ARA JOHARI

PENYANYI

Sebelum ini, penyanyi lagu Bunga itu memuat naik video dia ketika menerima suntikan vaksin tersebut di Instagram.

Gelagat Ara yang dalam ketakutan melihat jarum suntikan tersebut menerima pelbagai reaksi netizen dan rakan selebriti yang turut berkongsi pengalaman sama.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dalam pada itu, bekas peserta program Akademi Fantasia 2016 ini mendedahkan dia sememangnya mempunyai masalah fobia dengan jarum sejak kecil.

Penyanyi lagu Tetap Aku Cinta ini bagaimanapun berterima kasih kepada semua petugas kesihatan dan barisan hadapan di IDCC, Shah Alam yang sanggup melayan kerenahnya ketika itu.

Ara berterima kasih kepada barisan hadapan di IDCC, Shah Alam.

"Sejujurnya memang saya takut jarum sejak kecil. Dahulu masa nak ambil suntikan rubella di sekolah pun boleh main kejar-kejar dengan doktor.

"Ikutkan hati masa nak ambil suntikan vaksin itu pun rasa nak lari tapi petugas kesihatan dan pegang saya. Sebenarnya masa kena cucuk jarum itu tak sakit pun... rasa macam kena gigit semut saja.

"Tapi saya menjerit macam kena pukul pula. Apa-apa pun, terima kasih kepada semua barisan hadapan yang bertugas di IDCC, Shah Alam sebab baik dan sanggup melayan kerenah saya ini," ujarnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO!

Artikel Lain