suria

Sedih nasib individu terjejas PKP, Dolla cari yang betul-betul perlukan bantuan - “Ada yang terpaksa jual kedai sebab rugi”

Dolla dianggotai (dari kiri) Angel, Syasya, Tabby dan Sabronzo.

SIMPATI dengan golongan yang tidak bernasib baik sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, kumpulan Dolla terpanggil untuk menjalankan program kebajikan.

Salah seorang ahli kumpulannya, Sabronzo berkata, mereka akan mencari tiga individu yang benar-benar memerlukan bantuan daripada segi kewangan, perubatan atau keperluan lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu Dolla tiru Blackpink jadi perhatian media Korea Selatan - “Ramai yang komen positif terutamanya orang dari luar negara”

"Kita faham memang sekarang adalah masa yang sangat kritikal dan kita sudah tiga kali PKP. Ini juga merupakan salah satu usaha Dolla untuk memberi balik kepada masyarakat.

"Alhamdulilah walaupun platform media sosial kami tidaklah besar tapi kami masih boleh gunakan ia untuk tujuan hebah-hebahkan kerja kebajikan seperti ini dan saya harap mana-mana individu yang terkesan itu dapat reach out kepada kami.

Dolla merasakan tanggungjawab mereka untuk sama-sama membantu golongan susah.

"Dolla akan pilih tiga orang yang kami rasakan memerlukan sangat pertolongan dan setakat ini kita masih belum tahu berapa total cost yang akan disumbangkan, bergantung kepada The Giving Bank," katanya ketika dihubungi mStar.

Selain Sabronzo atau nama sebenarnya, Sabrina Rusli, 26, kumpulan yang terkenal dengan lagu Watch Me Glow itu turut dianggotai Syasya, Tabby dan Angel.

Ini juga merupakan salah satu usaha Dolla untuk memberi balik kepada masyarakat.

SABRONZO

AHLI KUMPULAN DOLLA

Program kebajikan itu sudah pun mula dibuka sejak 16 Jun di mana mereka hanya perlu meninggalkan komen di laman Instagram The Giving Bank dan kemudian Dolla serta NGO tersebut akan memilih individu yang dirasakan memenuhi kriteria untuk bantuan yang disediakan.

"Kalau diikutkan Dolla sendiri nak turun padang untuk lawat setiap mereka yang terkesan dan dalam kesusahan ini... tapi apakan daya kita masih dalam tempoh lockdown.

"Saya harap kalau boleh cepatlah semua ini berakhir dan buat sementara ini yang mampu kita buat adalah patuh kepada SOP, jangan keluar rumah kalau tiada keperluan mendesak agar kita semua dapat kembali kepada kehidupan normal seperti dulu.

Sabronzo teruja dapat sama-sama terlibat dalam projek kebajikan.

"Bila baca dalam komen, ada yang mempunyai bisnes tapi akhirnya terpaksa jual kedai sebab banyak alami kerugian.

"Memang kami kasihan sangat-sangat sebab ramai orang terkesan... tak kira pada orang biasa atau golongan selebriti pun, kami pun rasa terkesan tapi saya percaya ada lagi orang lebih susah di luar sana," katanya.

Sementara itu, bercakap mengenai perkembangan seni Dolla, Sabronzo berkata sepatutnya mereka tampil dengan single terbaharu pada bulan ini namun ia terpaksa ditangguhkan disebabkan PKP.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Kalau ikutkan kami akan keluar dengan single terbaharu bulan ini namun kami terpaksa tunda ke satu tarikh lain nanti.

"Kali ini kami tampil kelainan dengan bawakan lagu berentak mellow, cuba lari daripada kebiasaan lagu rancak Dolla sebelum ini," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain