suria

MasyaAllah! Bertuahnya Caprice dapat peluang ke Gaza - “Maafkan, halalkan makan dan minum saya”

Penyanyi Rap Caprice dapat kebenaran menjalankan misi kemanusiaan di Gaza, Palestin.

MENYIFATKAN sebagai rezeki yang tidak disangka-sangka, penyanyi rap Caprice memberitahu dia mendapat kebenaran untuk memasuki Gaza, Palestin pada malam Rabu.

Menerusi Instagram, Caprice berkata, dia terbang ke negara bergolak itu bersendirian bagi mengikuti misi kemanusiaan dan meminta orang ramai mendoakan semuanya berjalan lancar.

“Tolong doakan saya Malaysia. Last minute saya dapat kebenaran untuk masuk ke Gaza.

ARTIKEL BERKAITAN: “Minta beri kerjasama tapi dia buat bodoh sahaja!” - Caprice masih bengang dengan ‘influencer’, tak puas hati dikompaun RM10,000

“Cuma kita kena fly sorang-sorang malam ni.

“Forgive me for any mistake. Halalkan makan minum, ” tulisnya.



Perkongsian Caprice di laman Instagram miliknya.

Dalam pada itu, dia juga berjanji untuk mengharumkan nama negara dan rakyat Malaysia.

Sementara itu, rata-rata netizen termasuk rakan selebriti turun mendoakan agar urusan penyanyi itu dipermudahkan.

“Bertuahnya semoga dipermudahkan perjalanan dan misi bermakna” tulis Fedtri Yahya.

Tolong doakan saya Malaysia. Last minute saya dapat kebenaran untuk masuk ke Gaza.

CAPRICE

PENYANYI.

“Masha Allah, kamu memang seorang yang bertuah. Semoga perjalanan kamu selamat. Buat kami bangga” ujar Catriona Ross.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Caprice antara selebriti yang lantang mengutuk kekejaman rejim Zionis terhadap bumi Gaza.

Malah, dia pernah mencetuskan kontroversi apabila bertindak berdebat dengan dua influencer Israel berkaitan dengan isu semasa itu.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain