suria

Janna Nick ‘target’ simpan rambut panjang sampai pinggang, petanda sedia nak kahwin - “Saya gembira orang selalu tanya fasal jodoh”

Janna berkongsi soalan daripada peminat yang ingin mengetahui kenapa dia menyimpan rambut panjang.

PENAMPILAN pelakon Janna Nick yang kini menyimpan rambut sehingga paras bahu menarik perhatian peminatnya memandangkan sebelum ini dia memilih untuk berambut pendek.

Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner menerusi Instastory miliknya berkongsi pertanyaan daripada peminat yang ingin mengetahui kenapa dia menyimpan rambut panjang.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Melompat-lompat Janna Nick dapat hadiah Vespa daripada kekasih - “Awak perlu simpan duit untuk beli rumah kita”

"Janna, kenapa pilih untuk rambut panjang kali ini?" tanya individu tersebut.



Janna memilih untuk rambut panjang ketika di majlis perkahwinannya nanti.

Membalas pertanyaan tersebut, pelakon berusia 26 tahun ini mendedahkan dia berhasrat untuk memiliki rambut panjang ketika di majlis perkahwinannya nanti.

Bagaimanapun pelakon drama siri Marry Me Senorita ini ketika dihubungi mStar pada Jumaat menafikan perkongsian tersebut merupakan bayangan dia bakal berkahwin tidak lama lagi.

Menurut Janna, dia hanya akan berkahwin apabila rambutnya panjang sehingga paras pinggang yang mungkin mengambil masa dalam satu atau dua tahun lagi.

"Macam yang saya tulis di Instagram, saya pilih untuk simpan rambut panjang sebab masa kahwin nanti nak gaya rambut panjang. Tapi bukanlah bermaksud yang saya beri bayangan akan kahwin dalam masa terdekat.

Sejujurnya, soalan bila nak kahwin itu tak memberi tekanan pun dekat saya.

JANNA NICK

PELAKON

"Ikutkan sekarang pun rambut saya baru paras bahu. Maknanya lama la lagi (kahwin). Saya nak tunggu rambut paras pinggang... Insya-Allah mungkin waktu itu saya akan kahwin.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Jadi kena la tunggu rambut saya sampai paras pinggang nanti," kata penyanyi lagu Akan Bercinta itu kepada mStar.

Untuk rekod, Janna kini menjalinkan hubungan cinta dengan aktor kelahiran Switzerland iaitu Dini Azan Schatzmann sejak Jun 2019.

Sempena ulang tahun kelahiran Janna yang ke-26 pada 1 Jun lalu, aktres itu menerima kejutan daripada teman lelakinya yang menghadiahkan sebuah motosikal jenis skuter Vespa.



Dini hadiahkan vespa merah sempena hari lahir Janna.

Dalam pada itu, Janna yang juga seorang pengacara mengakui dia tidak pernah tertekan dengan pertanyaan berkaitan perkahwinan.

Malah, dia gembira apabila kerap menerima pertanyaan tersebut kerana beranggapan ramai peminat yang tidak sabar untuk melihat hari bahagianya.

"Sejujurnya, soalan bila nak kahwin itu tak memberi tekanan pun dekat saya. Sebab saya percaya pada perancangan Allah dan kita pun tahu apa perancangan kita sendiri.

"Sebenarnya saya gembira apabila orang selalu bertanyakan soalan jodoh sebab bagi saya mungkin mereka ini yang teruja nak menantikan hari bahagia saya.

"Lagipun, saya lihat banyak komen yang positif apabila melibatkan soal jodoh, malah ramai juga yang mendoakan yang baik-baik untuk saya," ujarnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain