suria

Shuib disuruh duet dengan Nabila Razali, peminat label suara Siti Sarah tidak moden - “Harap tak payah la sentap”

Netizen mahu Shuib berduet dengan Nabila Razali bukannya Sarah.

DIKRITIK tidak memiliki 'suara moden' menerusi lagu Semakin Benci Semakin Cinta, penyanyi Siti Sarah memberitahu dia enggan melatah dengan komen tersebut dan menganggap ia sekadar gurauan.

Menurut Sarah, lagu nyanyian bersama suaminya iaitu pelawak Shuib Sepahtu itu sangat peribadi dan ia tidak sesuai untuk dinyanyikan bersama penyanyi wanita lain.

ARTIKEL BERKAITAN: “Bini aku jangan usik, aku cari sampai dapat!” - Shuib bengang Siti Sarah dituduh menunjuk-nunjuk bagi sumbangan

Terbuka untuk memperbaiki kekurangannya dalam nyanyian, penyanyi berusia 37 tahun ini bagaimanapun mengakui dia tidak memahami maksud disebalik kritikan tersebut.

"Saya tak marah atau terasa hati dengan komen tersebut. Saya anggap mungkin individu berkenaan hanya ingin bergurau. Lagu ini sangat peribadi untuk saya.

Individu tersebut menganggap Sarah tidak sesuai berduet dengan Shuib.

"Sebab lagu itu memang untuk dinyanyikan bersama Shuib... jadi, saya rasa tak sesuai la kalau saya atau Shuib menyanyikan lagu itu dengan orang lain pula.

"Lagipun, komen dia nak suara moden itu macam tak berapa faham. Sebagai artis lama, kita sentiasa nak perbaiki kekurangan tapi tak tahu mana nak cari suara moden," katanya kepada mStar.

Sebelum ini, Sarah berkongsi paparan skrin komen netizen yang mengkritik suaranya yang dianggap tidak moden untuk menyanyi lagu ciptaan dan lirik oleh Ajai itu.

Menerusi komen tersebut, individu itu juga berpendapat Shuib lebih sesuai menyanyikan lagu Semakin Benci Semakin Cinta dengan penyanyi Nabila Razali.

Tak patutlah nak bandingkan Sarah dengan mana-mana penyanyi pun.

SITI SARAH

PENYANYI

"Maaflah, saya nak komen jujur sikit... saya rasa lagu ini okey sebenarnya. Tapi vokal Sarah macam tak okey, ada sesuatu yang saya rasa kurang dan tak layak lagu ini untuk dia. Bagi saya, Shuib menyanyi best sangat.

"Kalau Shuib duet dengan Nabila Razali confirm lagu ini popular sebab tone suara Nabila moden. BBNU suka, macam Sarah suara dia tak moden. Harap Siti Sarah yang mengandung tak payah la sentap," komennya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dalam pada itu, penyanyi lagu Kesetiaan ini berharap netizen berhenti membandingkan dirinya dengan Nabila Razali yang dilihat sentiasa berusaha serta menghormati orang lain.

Sarah bagaimanapun menerima komen tersebut secara terbuka namun meminta individu tersebut memberi penjelasan yang lebih lanjut apa yang dimaksudkan dengan suara moden.

Lagu Semakin Benci Semakin Cinta sangat bermakna buat Sarah dan Shuib.

"Tak patutlah nak bandingkan Sarah dengan mana-mana penyanyi pun. Bagi Sarah, Nabila Razali ke Mariah Carey ke Anita Mui ke, Lata Mangeskhar ke... semua ada kelebihan masing-masing.

"Sarah sendiri sebenarnya sangat respect dengan Nabila Razalo dia seorang bakat baru, suka berusaha, tak mudah putus asa dan pandai cari peluang dalam bidang muzik. Dia pun baik dan hormat dengan Sarah.

"Cuma tu la, tak tahu pula ada kelas buat suara jadi moden. Suara moden tu apa sebenarnya? Maaf la Sarah betul-betul tak tahu. Mungkin adik boleh komen banyak lagi atau lebih jelas secara detail.

"Selepas ini, boleh Sarah perbaiki dan cari cikgu vokal yang boleh ajar suara jadi moden. Sarah terbuka dengan semua komen sebab Sarah sendiri nak majukan diri," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain