suria

Misi ke Gaza dipersoal, ini rupa-rupanya tujuan sebenar Caprice - “Saya tak boleh rakam gerakan demi keselamatan”

Caprice sempat melawat Hospital Palestin dan bertemu dengan pelajar Malaysia di Kaherah.

INISIATIF penyanyi rap Caprice melaksanakan misi kemanusiaan ke Gaza dan Mesir pada malam Rabu lalu mengundang rasa kurang senang netizen di laman sosial.

Rata-rata netizen mempersoalkan keperluan dan tujuan sebenar Caprice ke wilayah bergolak itu ketika negara Malaysia berdepan dengan pandemik yang semakin membimbangkan.

ARTIKEL BERKAITAN: MasyaAllah! Bertuahnya Caprice dapat peluang ke Gaza - “Maafkan, halalkan makan dan minum saya”

Tampil menjelaskan perkara itu, Caprice berkata selain memberi pertolongan kepada penduduk Palestin, dia juga ingin bertemu pelajar Malaysia yang terkandas di Kaherah dan mengukuhkan misi jangka panjangnya.



Caprice kongsi video dia bertemu pelajar Malaysia yang terkandas di Cairo.

"Ramai yang bertanya mengenai misi saya di Gaza. Jadi, saya perjelaskan tujuan pertama saya ke sana untuk memberikan pertolongan kepada penduduk Palestin.

"Selain itu untuk bertemu dengan kenalan baharu dan membina jaringan yang lebih kukuh demi visi jangka panjang saya Road To Al Aqsa 2040.

"Saya juga mahu berjumpa dengan warganegara dan pelajar Malaysia yang terkandas di Kaherah sejak Covid-19," jelas Caprice kepada mStar.

Penyanyi lagu Kau Hade ini memuat naik penjelasan tersebut di laman Instagram miliknya selepas menerima banyak pertanyaan mengenai perkara itu.

Alhamdulillah, saya dalam keadaan baik saja di sini.

CAPRICE

PENYANYI RAP

Sebelum ini, Caprice meluahkan rasa syukur apabila mendapat kebenaran untuk memasuki Gaza, Palestin pada malam Rabu dan menganggap ia satu rezeki yang tidak disangka-sangkakan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Caprice berkata, dia terbang ke negara itu bersendirian bagi mengikuti misi kemanusiaan dan meminta orang ramai mendoakan semuanya berjalan lancar.

Penyanyi itu selamat tiba di Kaherah, Mesir selepas menempuh penerbangan selama 18 jam.

Dalam pada itu, Caprice berkongsi situasi yang dilalui dan tidak dapat merakam aktivitinya demi keselamatan.



Caprice berangkat ke Gaza pada malam, Rabu.

"Alhamdulillah, saya dalam keadaan baik saja di sini. Saya tak boleh rakam semua gerakan untuk misi tertentu demi keselamatan. Kalau ada misi yang telah selesai baru dapat post.

"Terima kasih kepada semua yang doa dan bakar semangat kita... saya sangat hargainya. Sayang dan semoga Allah memberkati Malaysia," ujarnya.

Caprice antara selebriti yang lantang mengutuk kekejaman rejim Zionis terhadap bumi Gaza malah, dia pernah berdebat dengan dua influencer Israel berkaitan dengan isu semasa itu menerusi IG Live.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain