suria

“Artis ramai duduk Selangor, depa nak kahwin” - Netizen kaitkan isu kebenaran akad nikah dengan selebriti, sekali Didie Alias balas komen padu!

Didie terpanggil untuk bersuara selepas melihat komen netizen mengaitkan selebriti.

PELAKON dan pengacara Didie Alias menegur tindakan netizen yang gemar mengaitkan golongan selebriti dengan isu semasa yang tidak mempunyai kaitan dengan anak seni.

Didie atau nama sebenarnya Fadzilah binti Mohd @ Ali terpanggil untuk bersuara selepas melihat komen seorang netizen di ruang perkongsian artikel mengenai akad nikah dibenarkan di Selangor bermula 1 Julai di Instagram rasmi mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Berdosa hina Elizad mandul! PU Azman tegur sikap buruk suka jaga tepi kain - “Tak wajar sentuh kehidupan orang”

Menurut pelakon berusia 49 tahun ini, dia tidak berasa marah dengan komen tersebut namun meminta agar netizen berhenti melibatkan nama selebriti dalam mana-mana isu tidak berkaitan.



Didie balas komen netizen tersebut.

"Malam tadi saya baca artikel itu dan tengok komen ada pula netizen yang kaitkan isu tersebut dengan selebriti. Kami pun manusia biasa... ada perasan juga. Kenapa semua benda nak kena libatkan artis?

"Saya bukan nak marah tapi sekadar nak beri pengingatan sahaja. Kita ini semua sama sahaja, tiada istilah kayangan... kalau pergi (meninggal dunia) pun pakai kain putih juga.

"Tak ada keistimewaan pun diberikan kepada artis. Saya faham dalam keadaan PKP ini, ramai yang tak tahu nak buat apa tapi mind your own business... kita hormat satu sama lain," kata Didie ketika dihubungi mStar pada Sabtu.

Sebelum ini, seorang netizen meninggalkan komen di ruang perkongsian di artikel tersebut mengatakan kebenaran akad nikah itu disebabkan ramai selebriti menetap di Selangor ingin berkahwin.

Saya bukan nak marah tapi sekadar nak beri pengingatan sahaja.

DIDIE ALIAS

PELAKON

"Kan artis ramai duduk Selangor, depa (mereka) nak kahwin," tulis individu tersebut.

Tidak setuju dengan komen tersebut, pelakon filem Bulan dan Pria Terhebat ini membalas semula dakwaan itu dengan mempersoalkan tindakan individu mengaitkan selebriti.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Tegas Didie, dia tidak kisah sekiranya individu tersebut mahu meninggalkan komen antara mereka namun berasa kurang senang apabila ia turut melibatkan anak-anak seni.

"Salam... kenapa mesti nak libatkan artis ya. Kalau nak komen antara anda saja la. Tak payah la libatkan anak-anak seni ya. Terima kasih," tulis Didie.

Bagaimanapun, individu tersebut telah memadamkan komen yang ditinggalkan selepas menerima kecaman daripada netizen lain.



Didie melihat segelintir netizen semakin berani meninggalkan komen melampau.

Dalam pada itu, pelakon drama siri Scammer ini turut memberi pandangan mengenai seorang netizen meninggalkan komen menuduh pelakon dan penyampai radio Sinar FM iaitu Siti Elizad mandul.

"Zaman sekarang ini, saya lihat orang mudah mengeluarkan kata-kata yang tidak baik. Baru-baru ini, saya ada baca mengenai Siti Elizad. Sampai ke tahap begitu orang tinggalkan komen.

"Tak kisah kalau akaun palsu ke tidak tapi mana adab bila bercakap... dah semakin teruk tinggalkan komen tanpa memikirkan perasaan orang lain. Tulis ayat itu seperti tiada mak bapa," ujarnya.

Untuk info, Elizad membuat laporan polis terhadap seorang pemilik akuan Facebook yang menghinanya kerana mempunyai masalah gangguan kesuburan pada Rabu.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain