suria

Nampak ‘real’ bawa watak lelaki dayus, Haeriyanto Hassan sebenarnya suka duduk rumah, memasak

Salah satu babak Haeriyanto dengan Azar Azmi dalam drama Derita Untuk Bahagia.

MEMEGANG watak lelaki dayus bernama Fauzi dalam drama Derita Untuk Bahagia, pelakon Haeriyanto Hassan mengakui berasa bimbang jika dia tidak sengaja menyakiti pasangan gandingannya.

Oleh itu, pelakon berasal dari Singapura ini berkata, dia melakukan aksi kasar itu dengan berhati-hati agar tidak mencederakan pelakon lain.

"Saya selami watak ini setelah membaca skrip sebab pada awalnya, watak tersebut tidak berapa jelas tetapi nampak dari dialog yang Fauzi adalah seorang yang dayus dan loser.

"Saya juga jadikan watak dia sebagai penagih dadah, kaki judi dan kaki pukul walaupun dalam skrip tak ada pun gambaran itu. Saya ciptakan dan imaginasikan sendiri, setelah bincang dengan pengarah.

Kalau penonton perasan, kalau adegan pukul isteri, tangan saya nampak lembut.

HAERIYANTO HASSAN

PELAKON

"Ikutkan memang saya tak suka babak pukul isteri sebab saya ini lelaki, tangan kasar dan kadang-kadang terkena itu boleh sakit juga. Kalau penonton perasan, kalau adegan pukul isteri, tangan saya nampak lembut.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Saya sengaja lembutkan... takut terkena betul-betul pada pasangan lakonan saya sudah tentu berbisa," kata Haeriyanto kepada mStar.

Selain Haeriyanto, drama yang ditayangkan di Slot Tiara, Astro Prima itu turut dibintangi oleh Amar Baharin, Azar Azmi, Hafree Adam, Dayang Areeda dan Jasmin Hamid.

Dalam pada itu, pelakon drama Bukan Gadis Biasa ini memberitahu dia menyukai watak Fauzi kerana berpeluang untuk melakukan eksperimen menerusi karekter tersebut.



Watak Fauzi seorang kaki pukul yang dilakonkan oleh Haeriyanto.

Bagaimanapun Haeriyanto menegaskan personaliti dan keperibadian dirinya yang sebenar jauh berbeza dengan watak Fauzi yang dilakonkannya.

"Walau bagaimanapun, saya suka watak Fauzi. Saya tak suka watak yang bosan dan untuk karakter Fauzi, saya boleh create yang dia merupakan seorang dayus dan hipokrit.

"Tapi secara peribadi, saya tidak la seperti itu. Saya orangnya yang homely type of person, suka duduk rumah, berkebun, memasak dan suka duduk di rumah dengan famili.

"Sejujurnya, saya seorang yang tak banyak cakap. Kalau saya jumpa orang macam Fauzi dan mangsa itu salah seorang ahli keluarga saya, memang confirm kena sepak terajang dengan saya," ujarnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain