suria

Fizo Omar kongsi gelagat penerima vaksin, gembira dapat lancarkan kerja frontliner - “Saya nak hentikan tanggapan ambil vaksin ada kesan negatif”

Fizo Omar seronok dapat turun padang berbakti di PPV.

BEBERAPA hari terlibat sebagai sukarelawan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), pelakon Fizo Omar berkata dia berbesar hati dapat bersama-sama membantu kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam mempercepatkan proses pemberian vaksin.

Menurut Fizo atau nama sebenarnya, Wan Hafizol Wan Omar, 36, tujuanya menyertai pasukan sukarelawan adalah untuk memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia tentang pentingnya pengambilan vaksin serta ingin membuang persepsi negatif.

ARTIKEL BERKAITAN: Fizo Omar ‘psiko’ calon SPM, minta buat terbaik demi ibu bapa - “Sekurang-kurangnya bagi lepas masuk universiti... pakai jubah konvo”

"Penglibatan saya sebagai sukarelawan adalah untuk memberikan kesedaran tentang kepentingan vaksin. Saya juga akan uar-uarkan perkara itu dengan membuat IG Live dengan interview penerima vaksin terutama sekali golongan warga emas.

"Saya nak hentikan tanggapan negatif kalau ambil vaksin ini akan ada kesan negatif... saya nak mereka dengar sendiri pengalaman orang yang dah suntik vaksin lebih-lebih golongan berisiko seperti warga emas.

Fizo turut berkongsi pengalamannya divaksin kepada penerima di PPV.

"Ia satu pengalaman yang menyeronokkan sebab kita dapat mudahkan urusan orang ramai untuk dapatkan vaksin... bila kita (selebriti) ada di sana, mereka seronok ada yang kata boleh jumpa Fizo, boleh jumpa artis... saya gembira dapat sama-sama membantu pihak kerajaan," katanya kepada mStar.

Bertugas di dua PPV berbeza iaitu di The Mines, Seri Kembangan dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Fizo berkata dia dan rakan artis turut berhadapan cabaran tersendiri.

"Yang datang ramai, kalau ada 1,000 orang, 1,000 perangai. Pelbagai mindset, ada yang takut, rasa gusar itu nak kena tenangkan. Ada juga yang kurang sabar, datang nak cepat... proses tak ambil masa satu jam pun tapi mungkin mereka tak faham.

Saya nak hentikan tanggapan negatif kalau ambil vaksin ini akan ada kesan negatif.

FIZO OMAR

PELAKON

"Fronliners pun ada rasa penat mereka, kena urus berpuluh ribu orang dalam sehari. Sistem canggih macam mana pun kalau hang, kita kena bawa bersabar.

"Satu sahaja saya minta, kalau kita di luar sana tidak mampu jadi sukarelawan, sukarela share benda yang baik-baik tentang vaksin agar ramai lagi orang akan sama-sama dapatkan vaksin," ujarnya.

Selain Fizo, antara rakan artis yang turut terlibat sama sebagai sukarelawan ialah Nazim Othman, Amelia Henderson, Puteri Aishah, Sherry Alhadad dan Nadiya Nisaa.

Amelia Henderson dan Nazim Othman turut sama turun padang.

Menurut Fizo, sebagai sukarelawan bukan perubatan, mereka ditugaskan untuk melancarkan urusan pendaftaran penerima vaksin.

"Kami sukarelawan yang tidak mempunyai kelulusan medical lebih kepada melancarkan urusan seperti pendaftaran, selain membantu golongan yang kurang upaya serta warga emas.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Selain saya, ramai lagi rakan-rakan turut serta dalam aktiviti ini untuk beri kesedaran kepada semua.

"Saya dah terima dos pertama vaksin pada bulan lalu dan tak sabar nak tunggu untuk dos kedua pula selepas ini!" katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Fizo Omar, sukarelawan vaksin, PPV, vaksin

Artikel Lain