suria

Isteri Fitri Haris terpaksa bersalin awal akibat penyakit asma, bayi pula alami masalah pernafasan - “Keadaan dia teruk... seperti nyawa-nyawa ikan”

Fitri turut kongsi keadaan isteri dan bayinya.

PENYANYI Dr Fitri Haris menimang anak lelaki apabila isteri yang juga pengurusnya iaitu Fazilah Omar selamat bersalin pada 9.07 pagi, Isnin di Hospital Pakar An-Nur, Bangi.

Fitri, 36, berkata isterinya terpaksa menjalani pembedahan dan melahirkan bayi awal dari tarikh sepatutnya disebabkan berdepan penyakit asma yang teruk.

ARTIKEL BERKAITAN: Setahun berkahwin dengan pengurus sendiri, Fitri Haris umum isteri dah hamil - “Dia tiada alahan tapi saya pula yang sensitif bau”

Bukan itu sahaja, Fitri serta isteri juga berdepan dengan dugaan apabila bayi mereka menghadapi masalah pernafasan selepas dilahirkan dan kini dipantau di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU).



Fitri harap doa daripada semua orang.

"Alhamdulillah... isteri saya selamat melahirkan bayi lelaki pada pukul 9.07 pagi tadi secara pembedahan. Ikutkan due date dia sekitar 15 Julai depan.

"Tapi terpaksa bersalin awal sebab isteri saya ada masalah asma yang teruk dan dia sudah ditahan wad sejak tiga hari lalu. Sebelum itu, memang keadaan dia dah teruk... seperti nyawa-nyawa ikan dah.

"Itu yang doktor memang cadangkan untuk lakukan pembedahan awal. Buat masa sekarang isteri masih berehat tapi bayi kami pula alami masalah pernafasan.

"Tapi kata jururawat, itu perkara biasa untuk bayi yang dilahirkan secara pembedahan. Sekarang ini doktor masih pantau memadangkan degupan jantungnya masih laju," katanya ketika dihubungi mStar.

Buat masa sekarang, kami belum ada nama untuk baby.

FITRI HARIS

PENYANYI

Sebelum ini, penyanyi nasyid itu berkongsi berita gembira kelahiran bayi lelakinya menerusi laman Instagram miliknya pada Isnin dan rata-rata netizen serta rakan artis mengucapkan tahniah.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Menerusi Instagram Fitri juga memberitahu keadaan bayi lelakinya yang terpaksa ditahan wad NICU kerana berdepan masalah pernafasan dan mengharapkan doa daripada orang ramai.

Dalam pada itu, juara Gema Gegar Vaganza (GGV) musim kedua ini mengakui berasa teruja melalui momen itu seperti menyambut kelahiran anak pertama.

Menurut Fitri, dia dan isterinya buat masa kini masih belum mempunyai nama untuk bayi mereka namun akan berkongsi apabila sudah bersedia.



Fitri dan isteri mempunyai seorang anak hasil daripada perkahwinan mereka terdahulu.

"Memang sangat teruja menantikan kelahirannya... rasa seperti nak menyambut anak pertama. Buat masa sekarang, kami belum ada nama untuk baby.

"Insya-Allah nanti dah ada, saya akan kongsikan bersama. Harap semua orang boleh mendoakan keadaan isteri dan bayi kami," ujarnya.

Pada Disember 2019, bekas anggota UNIC ini mendedahkan dia sudah berkahwin dengan pengurusnya iaitu Fazilah Omar atau lebih mesra disapa El.

Fitri pernah tiga kali menduda dan mempunyai seorang cahaya mata bernama Sofea Soleha, 16, yang menetap bersama bekas isterinya di Singapura.

Manakala Fazilah juga pernah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Qhalish Rayyan Adam, 10.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain