suria

Deja Moss pernah terfikir bunuh diri, hanya bergantung dengan ubat tidur - “Saya call mak minta maaf... beritahu dah taknak hidup”

Deja Moss akui mengalami kemurungan dan pernah membuat cubaan membunuh diri.

DEPRESI adalah benar dan ia cukup menyakitkan!

Amat sedih apabila mendengar luahan hati penyanyi Deja Moss yang dihimpit masalah kemurungan hingga pernah terfikir untuk mengambil jalan singkat dengan membunuh diri.

Cerita Deja atau nama sebenarnya Sharifah Hadijah Wan Moss, 48, empat tahun dia menanggung derita tanpa mengetahui punca sebenar masalah berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Deja Moss buat pendedahan sudah berkahwin tahun lalu - “Cukuplah saya maklumkan dah selamat bergelar isteri”

"Saya alami depression pada 2004 hingga 2008. Pada peringkat awal saya susah nak tidur dan terpaksa bergantung dengan ubat tidur all the time.

"Sebelum berkahwin kali pertama dah ada, lepas kahwin OK. Namun selepas bercerai depression tu datang lagi, tapi ia tak lama sebab masa tu dah tahu macam mana nak overcome.

"Situasi paling worst saya dah alami ialah sampai pernah ada keinginan untuk membunuh diri," ujarnya kepada mStar.

Deja melancarkan buku Hidupku Takdirku.

Deja ditemui pada sidang media pelancaran buku Hidupku Takdirku yang diadakan secara maya pada Rabu.

Bercerita lanjut tentang masalah kesihatan mental yang pernah dialaminya itu, Deja berkata dia pernah merasakan hidupnya sudah tidak bermakna.

"Dua atau tiga kali saya buat percubaan nak bunuh diri, saya call mak saya minta maaf tapi tak cakap la nak bunuh diri... hanya beritahu saya dah taknak hidup. Masa tu mak saya nangis.

Situasi paling worst saya dah alami ialah sampai pernah ada keinginan untuk membunuh diri.

DEJA MOSS

PENYANYI

"Saya tak dapat tidur berhari-hari, lepas tu menangis sampai terfikir baik aku terjun je. Rasa hidup ni dah tak berguna sehingga rasa nak bunuh diri," katanya.

Namun Deja bersyukur apabila berjaya keluar daripada masalah berkenaan dan menghargai kehidupannya kini.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Ujarnya lagi dia tidak malu untuk berkongsi cerita tentang masa silamnya untuk dijadikan pengajaran lebih-lebih lagi tatkala negara dilanda pandemik Covid-19.

"Alhamdulillah sekarang ni saya dah completely okay dan tak ada apa-apa lagi berkaitan depression.

Deja Moss berkahwin dengan Maher Khani pada Jun 2019.

"Dulu saya malu nak cakap dengan orang, tapi saya kena kuat. Saya selalu jumpa doktor dan sekarang ni saya tak malu bercakap fasal depression sebab saya rasa ini masa sesuai untuk berkongsi.

"Nasihat saya dalam keadaan macam ni tengah lockdown serta banyak laporan kes bunuh diri... pergilah jumpa doktor. Jangan malu untuk mengaku ada depression dan takut orang cakap kita gila, dapatkan bantuan," katanya.

Terdahulu, Deja pernah mendirikan rumah tangga dengan Azfendy Azzuddin pada 30 Ogos 2008 dan bercerai pada 24 Oktober 2018 selepas 10 tahun berkahwin.

Kemudian, dia berkahwin dengan seorang ahli perniagaan dikenali sebagai Maher Khani, 53, pada Jun 2019.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain