suria

Tunku Azizah hubungi Elizad tanya khabar, ambil tahu kisah IVF - “Terketar-ketar bercakap tadi… Tunku pula cakap don’t cry… don’t cry”

Elizad Sharifuddin terharu apabila Tunku Azizah sendiri menghubunginya bagi bertanyakan khabar.

SELEPAS kontroversi dihina mandul, pelakon Elizad Sharifuddin berkongsi kenangan manis apabila dia menerima panggilan telefon daripada Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Elizad, 37, berkata, dia berasa terharu apabila Tunku Azizah sendiri menghubunginya bagi bertanyakan khabar dan keadaannya selepas insiden itu.

“Hari ni hari yang sangat menggembirakan hati saya. Menerima panggilan telefon daripada KDYMM Tunku Permaisuri Azizah. Bertanyakan keadaan saya selepas terbaca kisah yang mengatakan saya mandul tempoh hari.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga hari tutup telefon, Elizad kembali positif - “Bukan mudah saya dan keluarga lalui perkara ini”

“Saya terkejut, tak sangka Tunku ikut perkembangan IVF saya, Tuanku tengok drama-drama saya, ” katanya ketika dihubungi mStar pada Rabu.

Minggu lalu, Elizad membuat laporan polis terhadap seorang pemilik akuan Facebook yang menghinanya kerana mempunyai masalah gangguan kesuburan.

Perkongsian Elizad di laman Instagram miliknya.

Menurut Elizad dia cukup terkesan apabila dituduh sebagai mandul hanya kerana usahanya untuk mendapatkan zuriat belum dimakbulkan.

Dalam pada itu, Elizad berkata, Tunku Azizah turut memberi kata-kata semangat dan berkongsi pengalamannya menjalani sesi rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF) sebanyak 17 kali.

“Tunku sangat prihatin dengan kisah saya yang bukan siapa-siapa ni. Tunku beri kata-kata semangat, cerita sendiri tentang pengalaman Tunku sebanyak 17 kali tempuh IVF. Memang menyakitkan.

Ia sangat membuatkan hati saya tersentuh. Terharu dan terkejut semua ada. Macam mimpi dapat bercakap dengan Tunku Permaisuri.

ELIZAD SHARIFUDDIN

PELAKON

“Hanya yang mengalami sahaja merasainya. Tiada kata yang mampu saya gambarkan, terlalu gembira dapat berbual-bual dengan permaisuri yang disayangi semua.

“Paling menarik apabila Tunku minta saya update semua progres IVF lepas ni. Saya jadi gugup, terketar-ketar bercakap tadi... nangis.

“Tunku pula banyak kali cakap don’t cry... don’t cry.

Sementara itu Elizad turut menegaskan perkongsiannya berkaitan perjalanan IVF di laman sosial hanya untuk memberi kesedaran dan maklumat kepada wanita senasib dengannya.

“Tiada paksaan pun untuk ikuti kisah saya. Terpulang pada followers.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

“Sama juga macam para ibu yang lain. Berkongsi tentang kecomelan anak-anak mereka di media sosial, ” ujarnya.

Elizad berkahwin dengan Shamsul Baharin Rahman pada 11 Januari 2015.

Untuk rekod, Elizad pernah menjalani rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF) pada November tahun lalu namun masih belum dikurniakan rezeki cahaya mata.

Pelakon drama bersiri Jalan Sesat Ke Syurga itu mendirikan rumah tangga dengan Shamsul Baharin Rahman pada 11 Januari 2015.

Tunku Azizah berkahwin dengan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah pada 1986.

Di awal perkahwinan baginda telah apabila mempunyai masalah untuk mendapatkan zuriat dan kerap kali mengalami keguguran.

Namun, hasil usaha dengan menggunakan kaedah In-Vitro baginda berjaya hamil dan melahirkan empat cahaya mata.

Hal ini memberikan inspirasi kepada baginda untuk mengasaskan Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (Tunku Azizah Fertility Foundation, TAFF) bagi membantu pasangan-pasangan yang ingin mendapatkan cahaya mata tetapi tidak berkemampuan.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Elizad, Tunku Azizah, IVF, 17 kali rawatan

Artikel Lain