suria

Sangka keracunan makanan, rupa-rupanya Nazrief Nazri hidap apendiks... nasib baik belum pecah - “Doktor cakap bukan sebab saya kuat makan pedas”

Nazrief Nazri akan dibedah akibat masalah apendiks bengkak.

PELAKON Nazrief Nazri dikejarkan ke sebuah pusat perubatan di Puchong, Selangor pada tengah malam Khamis selepas mengadu sakit di bahagian perut.

Nazrief atau nama sebenarnya, Mohamad Nazrief Mohamad Nazri, 30, berkata, pada mulanya dia disangka keracunan makanan, namun disahkan mengalami apendiks bengkak selepas mendapatkan rawatan lanjut.

ARTIKEL BERKAITAN: Nazrief Nazri ‘pening kepala’ layan isteri mengidam, siap kena DIY studio photoshoot - “Sekarang dia mengidam beg LV... pelik betul”

"Sebenarnya saya sakit perut sejak petang semalam (Khamis) tapi saya hanya ingat sakit perut biasa sahaja.

“Lepas tu saya tak tahan saya ajak isteri ikut pergi klinik sekali dan doktor pun bagi suntikan, cakap saya mungkin keracunan makanan. Kemudian perut saya makin sakit sehingga saya terpaksa call ambulans... isteri pula tengah sarat mengandung.

"Sampai-sampai hospital, doktor check memang appendiks saya dah bengkak, nasib baik belum pecah... kalau tidak lagi teruk saya nak recover," katanya ketika dihubungi mStar.

Perkongsian Nazrief di Insta Story.

Dalam pada itu, Nazrief berkata, dia dijadualkan menjalani pembedahan membuang apendiks pada petang Jumaat.

"Sejak dari malam semalam saya masih lagi belum dapat masuk wad dan ditempatkan di bahagian Emergency Room hospital sebab bilik sangat limited.

Sampai-sampai hospital, doktor check memang appendiks saya dah bengkak, nasib baik belum pecah.

NAZRIEF NAZRI

PELAKON

"Doktor pakar dah datang jumpa dan dia kata saya akan dibedah petang ini. Kalau tiada apa-apa komplikasi, InsyaAllah saya boleh discharged dalam dua, tiga hari lagi.

"Nasib baik apendiks saya masih di peringkat awal dan doktor cakap bukan sebab saya kuat makan pedas ke apa... sebaliknya memang ikut nasib, kalau apendiks pecah itu memang dah tahap teruk," katanya lagi.

Isteri Nazrief kini menghitung hari untuk melahirkan cahaya mata sulung mereka.

Disebabkan masalah kesihatan itu, Nazrief terkilan terpaksa meninggalkan isterinya, Aizatul Akma yang sedang sarat hamil 36 minggu di rumah keseorangan.

"Kalau ikutkan hari ini memang saya sepatutnya teman isteri check up, tapi dah jadi macam ini mungkin terpaksa ditangguh.

"Nak minta tolong ahli keluarga lain, mereka tak boleh merentas daerah pula sekarang. Saya risau keadaan isteri tengah sarat duduk seorang di rumah.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Tapi saya dah pesan pada kawan-kawan yang duduk berdekatan dengan rumah saya untuk minta tolong stand by apa-apa," ujarnya.

Nazrief dan Aizatul Akma mendirikan rumah tangga pada 15 November 2019 di The Seavoy House, Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Isteri Nazrief dijangka melahirkan cahaya mata sulung mereka pada 22 Julai ini.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain