suria

Ryan Deedat kena serangan panik ketika IG live, emosi terganggu ketika ditanya tentang keluarga - “Ibu strok... adik pula barah otak”

Ryan kini menjaga ibunya yang diserang strok sejak Februari lalu.

BERDEPAN pelbagai ujian yang menimpa keluarga, penyanyi Ryan Deedat memberitahu dia mengalami serangan panik atau anxiety baru-baru ini.

Ryan atau nama sebenarnya Sheikh Eamir Deedat, 29, berkata, terlalu memikirkan kesihatan ibu yang diserang strok, manakala adik menghidap barah otak membuatkan emosinya terjejas.

ARTIKEL BERKAITAN: Berkawan rapat dengan Da’i Syed... Ryan Deedat terima teguran daripada pengikut, minta jauhkan diri

"Sebenarnya dari tahun lalu saya berdepan dengan masalah anxiety. Saya pernah rujuk doktor di hospital tapi ketika itu doktor kata saya ada simptom anxiety tapi belum disahkan.



Status yang dimuat naik Ryan di Facebook miliknya.

"Jadi, tak perlu ambil sebarang ubat memandangkan saya boleh kawal masalah itu. Tapi tahun ini saya alami anxiety semula apabila ibu diserang strok (angin ahmar) pada Februari lalu.

"Minggu lalu pula, adik saya dimasukkan ke hospital selepas disahkan mengidap barah otak (glioblastoma, oligodendroglioma dan MINST) dan perlu menjalani beberapa pemeriksaan lagi.

"Sebab doktor masih tak dapat nak tentukan keadaan adik saya sebab penyakitnya itu sangat jarang ditemui. Melihat keadaan ibu dan adik, membuatkan saya diserang anxiety," katanya kepada mStar.

Nasib baik saya dapat mengawal emosi dan keadaan kembali okay.

RYAN DEEDAT

PENYANYI

Sebelum ini, penyanyi lagu Kena Sidai itu mendedahkan dia mengalami serangan panik ketika melakukan Instagram live (IG Live) pada malam, Rabu lalu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Pada Selasa lalu, Ryan juga memaklumkan adik perempuannya Harifah Nur Intan Sheifeeka Nasir, 25, disahkan menghidap barah otak dan kini dirawat di hospital.



Ryan perlu kuat untuk menjaga ibu dan adiknya.

Biarpun kesihatan emosinya terjejas, Ryan berkata dia perlu kuat demi menjaga ibu iaitu Tengku Hanasiah Tengku Zainal Mulok dan adik yang kini lebih perlukan sokongan moral.

"Dua hari lalu, saya ada buat IG Live untuk segmen 'Sidai Talk' yang memang setiap malam saya buat. Masa tengah live tu, saya terima banyak soalan mengenai adik saya.

"Peminat asyik tanya keadaan adik saya membuatkan saya jadi panik dan jantung saya menjadi laju. Nasib baik saya dapat mengawal emosi dan keadaan kembali okay.

"Saya tak boleh jatuh sakit sebab saya perlu kuat untuk jaga ibu dan adik saya. Sebab itu, kalau boleh saya cuba kawal emosi dan tak nak kena makan ubat penenang," ujarnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain