PENYANYI Ayu Damit berkongsi berita sedih apabila bapanya iaitu Damit Oris meninggal dunia sekitar pukul 10 pagi, Jumaat di kampung Ketiu, Sabah akibat kanser paru-paru tahap empat. Menurut Ayu atau nama sebenarnya Norayu Damit, Allahyarham disahkan mengidap penyakit tersebut sejak Mac lalu selepas pengsan di rumah. ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh pakai pemanis wajah, Ayu Damit anggap gosip paling kelakar sepanjang jadi artis - “Saya buka kedai makan, ada jual sate lagi, takkanlah pakai susuk!” Penyanyi berusia 32 tahun ini reda dengan pemergiaan bapanya memandangkan keadaan arwah sudah semakin nazak sejak beberapa minggu lalu. Ayu kongsi berita sedih itu di Instagram. "Arwah bapa saya meninggal dunia sekitar pukul 10 pagi tadi di rumahnya. Arwah disahkan mengidap kanser paru-paru tahap empat sejak Mac lalu. "Sebelum ini, arwah tak ada sebarang penyakit kecuali darah tinggi. Mac lalu, dia pengsan tiba-tiba dekat rumah dan saya sempat pulang ke Sabah untuk bawa dia lakukan pemeriksaan doktor. "Selepas jalani pemeriksaan, doktor sahkan arwah ada kanser tahap empat. Dua minggu lalu, arwah pengsan dan dimasukkan wad selama dua hari sebab tak sedarkan diri. Arwah seorang yang tak banyak cakap dan dia jarang sangat marah. AYU DAMIT PENYANYI "Waktu itu, doktor memang dah beritahu kami sekeluarga untuk bersiap sedia. Arwah tak nak buat pembedahan, jadi dia bergantung kepada ubat saja," kata Ayu ketika dihubungi mStar. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Terdahulu, penyanyi lagu Hanya Di Mercu ini berkongsi mengenai pemergian Allahyarham yang berusia 73 tahun menerusi laman Instagram miliknya pada Jumaat. Dalam pada itu, Ayu mendedahkan arwah bapanya seorang yang pendiam dan jarang melepaskan kemarahan terhadap anak-anak. Biarpun hanya sempat membuat panggilan video, namun bekas peserta Gegar Vaganza 2020 ini berasa ralat kerana tidak dapat bertemu dengan arwah pada sambutan Hari Raya Aidilfitri lalu. Suami menghantar Ayu ke lapangan terbang untuk pulang ke Sabah. "Arwah seorang yang tak banyak cakap dan dia jarang sangat marah. Semalam saya sempat la buat panggilan video tapi dia tak boleh nak bercakap sebab dalam keadaan nazak. "Arwah menghembuskan nafas terakhir ketika saya dalam perjalanan pulang ke Sabah. Saya ada rasa ralat sikit sebab tak dapat pulang ke kampung masa hari raya. "Tak dapat jumpa arwah masa hari raya... tapi nak buat macam mana waktu itu pun PKP dan tak boleh balik sana. Sekarang saya sudah berada di Sabah dan kena kuarantin di rumah selama 14 hari," ujarnya. Sementara itu, Ayu memberitahu jenazah akan dikebumi sebaik sahaja selesai urusan di hospital bagi memastikan tiada jangkitan Covid-19. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram! TONTON VIDEO PILIHAN!