suria

Peminat bimbang Syafiq Farhain pakai baju hospital di pusat kuarantin, rupa-rupanya bertugas ‘sanitize’ ambulans bawa pesakit Covid-19

Syafiq muat naik video berada di pusat kuarantin, Maeps pada Isnin.

PERKONGSIAN penyanyi Syafiq Farhain di Instastory yang memperlihatkan dirinya berada di pusat kuarantin Malaysia Agro Exposition Park Serdang (Maeps) dengan memakai pakaian hospital menimbulkan kebimbangan dalam kalangan peminatnya.

Bagaimanapun Syafiq atau nama sebenarnya Nursyafiq Farhain A.M Salim, menjelaskan dia ditugaskan untuk melakukan sanitasi setiap kenderaan yang membawa pesakit Covid-19 di pusat kuarantin itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Buat 'swab test' selepas rasa tak sedap badan, Syafiq Farhain sah positif Covid-19 - “Maafkan saya kerana menyusahkan”

"Saya berada di Maeps bukan sebab kena jalani kuarantin tapi saya bertugas di sini. Hari ini hari pertama saya bertugas bersama team seramai lima orang.

Syafiq salah seorang anggota bomba yang ditugaskan di pusat kuarantin Maeps.

"Kami ditugaskan untuk sanitize semua kenderaan yang membawa pesakit Covid-19. Macam hari ini, saya bertugas 24 jam dari pukul 9 pagi hingga 9 pagi, esok.

"Untuk sesi pagi ini, tak banyak kenderaan yang masuk tapi mungkin petang nanti baru banyak. Sebab katanya selalu dalam sehari ada 100 hingga 200 kenderaan bawa pesakit Covid," katanya kepada mStar.

Terdahulu, penyanyi lagu Kau Bidadari itu berkongsi video dia berada di pusat kuarantin Maeps menerusi laman Instastory miliknya pada Isnin.

Memang risiko besar sebab kami terdedah sangat dengan virus Covid-19.

SYAFIQ FARHAIN

PENYANYI

Untuk rekod, Syafiq pernah disahkan positif Covid-19 pada Februari lalu selepas mengalami rasa tidak sihat badan dan mengambil keputusan melakukan ujian saringan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dalam pada itu, Syafiq yang juga anggota bomba di Balai Bomba Dan Penyelamat Wilayah Persekutuan Putrajaya mengakui dia dan rakan-rakan berdepan risiko jangkitan virus itu.

Menurut Syafiq, biarpun memakai memakai pakaian perlindungan diri (PPE) namun mereka tetap perlu melakukan persediaan lebih.

Syafiq pernah dijangkiti Covid-19 pada Februari lalu.

"Memang risiko besar sebab kami terdedah sangat dengan virus Covid-19. Kami kena santize setiap ambulans, bas atau apa saja kenderaan yang bawa pesakit Covid-9.

"Jadi, memang kena lebih persiapkan diri... risau dijangkiti tapi paling risau kalau kita yang jadi pembawa virus itu. Walaupun dah pakai baju PPE lengkap dan ikut SOP, tapi kemungkinan untuk dijangkiti itu masih ada.

"Sebab nak pakai baju PPE tu ada cara dan nak buang baju itu pun kena ikut cara yang betul. Kalau salah cara sikit, kemungkinan besar boleh dijangkiti virus itu," ujarnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain