suria

Tebus rasa bersalah buat orang ‘terliur’ di media sosial, Eric Floor 88 hulur makanan percuma kepada golongan susah

Eric mengedarkan makanan kepada seorang wanita yang sedang berjalan di tepi jalan.

BAGI membantu golongan dalam kesusahan akibat pandemik Covid-19, tiga anggota Floor 88 iaitu Eric Fuzi, Achoi dan Falique bersama pengurusan medan selera milik mereka mewujudkan satu program amal.

Menurut Eric yang juga salah seorang pengusaha Masok Foodcourt, dia terpanggil untuk menjalankan program tersebut kerana memikirkan nasib orang yang tidak mampu untuk membeli makanan yang dijual di medan selera itu.

ARTIKEL BERKAITAN: PKP 3.0 ujian buat Eric Floor88, perniagaan medan selera bakal terjejas... sudah fikir ‘Plan B’

Kata pemilik nama Muhamed Eric Muhamad Fuzi itu, program agihan makanan di sekitar Kuala Lumpur yang tidak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilakukan sekali seminggu bermula Jumaat lalu.



Eric memuat naik semula perkongsian rakannya mengenai program amal anjuran Masok Foodcourt.

"Alhamdulillah... pada Jumaat lalu, saya, Achoi, Falique dan pihak pengurusan Masok Foodcourt sudah mula program menghulurkan bantuan kepada golongan dalam kesusahan.

"Saya secara peribadi sebenarnya nak kongsi video atau foto tentang makanan di Instagram tak sampai hati sebab faham keadaan sekarang tak semua orang dapat merasa makanan yang sedap.

"Tapi nak tak nak, saya kena juga sebab terlibat dalam perniagaan makanan. Jadi, untuk tebus rasa serba salah itu, kami mengambil inisiatif mengajak orang ramai untuk berkongsi rezeki kepada yang memerlukan.

"Sesiapa yang ada rezeki lebih dan berkemampuan, boleh menghulurkan bantuan dengan menempah makanan daripada kami untuk diberikan kepada golongan yang memerlukan," kata Eric kepada mStar.

Ikutkan, semua ahli Floor 88 termasuk saya sendiri sangat terkesan dengan pandemik Covid-19.

ERIC FUZI

ANGGOTA FLOOR 88

Sebelum ini, Eric mengakui perniagaan medan selera yang diusahakan bersama rakannya itu turut terjejas memandangkan ia baharu sahaja dibuka sebelum larangan untuk 'dine in' atau makan di kedai sepanjang PKP.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Masok Foodcourt yang terletak di Kampung Baru, Kuala Lumpur itu diusahakan oleh Eric bersama dua lagi ahli kumpulan Floor 88 iaitu Achoi dan Falique.

Dalam pada itu, Eric mendedahkan dia dan ahli kumpulannya Floor 88 turut terkesan dengan keadaan pandemik Covid-19 namun mereka tetap mahu membantu orang yang lebih memerlukan.



Eric (tengah) bersama dua lagi ahli kumpulan Floor88 iaitu Achoi (kiri) dan Falique (kanan) mengusahakan Masok Foodcourt.

Biarpun tidak dapat memberi bantuan dari segi kewangan, namun dia dan lima orang lagi anggota Floor 88 menggunakan platform serta tenaga mereka.

"Ikutkan, semua ahli Floor 88 termasuk saya sendiri sangat terkesan dengan pandemik Covid-19. Tambahan pula, bisnes medan selera itu baharu sahaja bermula.

"Tapi itu tidak mematahkan semangat kami untuk terus berjuang dalam pada masa yang sama membantu juga orang yang lebih susah. Mungkin bukan dari segi kewangan tapi kami gunakan platform yang ada selain tenaga kami juga.

"Selain program itu, saya turut serta dalam program Bakul Makanan Percuma bersama Pertubuhan Generasi Muafakat Malaysia yang diketuai oleh Apak Harry Khalifah dan program amal bersama bekas pelakon kanak-kanak," ujarnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain