suria

Gurau isu curang Shuk Sahar, Issey mohon maaf - “Rapat bukan tiket untuk saya cakap begitu”

Issey dan Shuk berkawan rapat sejak lapan tahun lalu.

PENYAMPAI radio dan pelawak, Issey memohon maaf gara-gara gurauan kasarnya terhadap pelawak Shuk Sahar menerusi rakaman program I Can See Your Voice musim keempat yang ditayangkan pada Ahad lalu.

Menurut Issey atau nama sebenarnya, Fazlisham Mat Hussin, 34, dia mengakui tidak sepatutnya mengeluarkan kata-kata 'awak pernah curang saya tak pernah' sebagai membalas gurauan Shuk terhadapnya sebelum itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Shuk Sahar serik, janji tak curang lagi - “Duit simpanan habis ubah suai rumah... tawaran program TV pun ditarik semula”

"Saya dan Shuk memang rapat dari dulu, sejak 2013 lagi kami memang dah berkawan baik. Kami dah biasa kalau bergurau memang kasar sedikit.

"Cumanya saya nak minta maaf pada netizen dan sesiapa yang menonton program tersebut, saya akui ia memang kesilapan saya sebab bergurau benda macam itu secara umum.

“Rapat bukan tiket saya gurau begitu depan umum sebab takut orang akan salah faham, " katanya ketika dihubungi mStar.

syuk 1

Antara sedutan video program I Can See Your Voice yang dihoskan Shuk Sahar dan Sean Lje.

Video babak gurauan antara Issey dan Shuk menjadi tular di laman perkongsian video TikTok sebaik program itu selesai bersiaran pada Ahad.

Issey juga berkata sebaik siaran program itu tamat, dia terus menghubungi Shuk untuk meminta maaf di atas keterlanjurannya.

"Lepas program habis ditayangkan, saya terus call untuk minta maaf dengan Shuk. Tapi Shuk okay sahaja, kami siap gelak-gelak lagi.

Saya dan Shuk memang rapat dari dulu, sejak 2013 lagi kami memang dah berkawan baik. Kami dah biasa kalau bergurau memang kasar sedikit.

ISSEY

PENYAMPAI RADIO, PELAWAK

"Sama juga masa waktu rakaman program itu pada April lalu, memang kami dah biasa bergurau macam itu... saling usik-mengusik satu sama lain.

"Memang spontan terkeluar ayat itu untuk mengusik dia dan memang saya akan lebih berhati-hati lepas ini kalau nak bergurau depan orang ramai, " katanya.

Mengakui susulan insiden itu, ruangan komen di Instagramnya dihujani komen kecaman daripada netizen, Issey berkata dia mengambil pendekatan untuk membiarkan sahaja perkara tersebut.

issey

Perkongsian Issey di Instagramnya.

"Memang banyak komen kecaman yang saya terima, tapi ada satu komen sahaja saya balas yang mana saya minta maaf dan akui itu memang kesilapan saya.

"Saya baca semua komen, bukan tak baca... tapi nak buat macam mana benda dah jadi. Perkara ini buat saya jadi lebih berhati-hati lagi selepas ini kalau nak bergurau secara terbuka dengan kawan-kawan baik saya, " ujarnya.

Sebelum ini, Shuk didakwa berlaku curang dan mempunyai hubungan dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Fara Salleh.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Kisah tersebut turut memberi impak terhadap kerjaya Shuk sebagai penyampai radio apabila perkhidmatannya telah ditamatkan pada Februari lalu berikutan isu berkenaan.

Shuk mendirikan rumah tangga dengan isteri, Rossalennah Natassyiah Asshaferah pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Nur Qurratu Ain, 4, dan Nur Assyifatu Aimi yang kini berusia setahun.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain